Danial ngigau

Kadang-kadang dia nangis. Ingatkan nak susu @ air. Bila diberi tak nak la pula.

Kadang-kadang dia gelak. Ingatkan dah terbangun. Tengok-tengok mata tetap terpejam.

Kadang-kadang dia bersuara. Ingatkan panggil abah yang tengah terlena. Maka, menjawab la balik "Danial tido balik yea. Malam lagi ni". Tengok-tengok memang terlena pun.

Kadang-kadang dia menjerit. Ingatkan apa yang mengacau. Tengok-tengok lena je dibuai mimpi.

Itu lah cerita Danial yang tido selalu mengigau. Tu tak termasuk part dia senyum sorang-sorang waktu tido.

No comments: