Mercun lagi

Dalam salah satu @ dua @ tiga pos dalam blog ni aku pernah cerita pasal bebudak bodoh yang main mercun dekat rumah ni and how I wish the mercun explode on their hands or feet or face or whatever parts on their body.

Hari ni dok main lagi. Baru seminggu puasa dah main mercun. Bongok, bodoh, bahlul. Dah lah main meriam buluh bunyi kuat nak mampus. Isk, nasib baik aku tak de shotgun atau rocket launcher ke. Kalau tak dah arwah bebudak tu gamaknya. Yang aku pelik, parents diaorg tak risau ke? Sedangkan waktu parents aku jaga Danial pun aku dok call 2,3 kali sehari. Tak dengar ke bunyi mercun. Tak tertanya-tanya ke, anak aku ke yang main mercun tuh. I really hope my house will finish sooner (tapi tak de duit la lak nak renovate). Harap-harap di kawasan kejiranan tu, tak de lah orang main mercun. Tak larat dah dengar bunyi mercun ni saban tahun saban perayaan. Yang best, waktu Deepavali pun diaorg main mercun (yang main tu bebudak Melayu, Islam). Tahun lepas aku panggil polis mintak buat rondaan. Takkan tahun ni nak buat macam tu lagi? Lagi satu, komiti rumah aku nih cam tunggul pun ada. Aduih, malas aa nak citer. Kurang pahala pose aku.

No comments: