Puasa

Dah sampai pun bulan Ramadhan..Kutunggu, kurindu..

Danial dah tido terlentang kat depan sambil dengar zikir yang terpasang dalam DVD. Nak tutup tadi kena marah dengan Danial. So, aku biarkan je lah. Tengok-tengok dah terlelap dah. Adik dia dah tido lama. Kesian diaorg dua orang. Semenjak puasa ni siang tak makan nasi pun waktu weekend. Sabtu dan Ahad makan telur je. Malam baru makan nasi. Sebab kesian, hari Ahad ari tu pegi la beli sushi satu set untuk Danial & Irfan. Balik dari sushi terus dua-dua terkam nak makan. Lapar kot. Makan banyak jugak dua-dua. Bagi la udang, ayam, kentang dengan nasi sushi. Seronok je tengok dua-dua makan.

Hari ni beli agar-agar. Lambat sket amik diaorg sebab kereta kena langgar. Pintu belah driver susah nak tutup. Kena tutup kuat-kuat. Esok kena pegi workshop nak tengok cam ne. Ooh, agar-agar tu untuk Danial dan Irfan. Bila Irfan dah tido, try suap nasi untuk Danial. Makan la lobak dalam sepotong dua. Pastu ngamuk-ngamuk. Tau dah nak tido. Ajak masuk bilik tak nak. Aduhai anak. Nak tido jugak kat ruang tamu. Lena je tido. Sejuk lagipun. Kesiangan dok hujan je.

Entah kenapa bulan puasa ni, aku dok ingat pengalaman puasa waktu kecik. Waktu dok kat umah tok & aki. Aku teringat arwah tok cik, arwah mak ca, arwah tok. Aku teringat time tiap-tiap petang aku pasang ubat nyamuk untuk tok cik. Aku ingat time berbuka ramai-ramai. Paling-paling aku ingat, masakan waktu berbuka. Mak ca memang pandai masak. Masakannya famous sampai ke istana. Hampir setiap bulan waktu arwah sihat, istana tempah makanan. Even pejabat pun tempah makanan dari mak ca. Kalau tak bihun @ mee goreng, kuih muih macam dodol telur, dadar gulung, roti jala, puding pisang dengan urat emas menjadi penghias, tak pun cara manis atau cara berlauk. Paling best dadar gulung. Kalau sape yang suka manis, maka dodol telur la menjadi kegemaran.

Arwah tok pula pandai masak nasi dagang. Nasi dagang arwah tok pergh tak de sape dapat challenge. Waktu arwah tok sihat, memang nasi dagang jadi hidangan setiap pagi raya. Bukan setakat kami punya family suka, even jiran tetangga datang merasa.

Setiap pagi raya, waktu arwah tok, mak ca sihat, buat macam-macam. Ketupat nasi ada, sate ada. Cuma sate, kami-kami la yang kena cucuk dan bakar.

Pagi raya memang aku selalu bangun pagi. Kalau tak tolong arwah tok perah santan untuk buat nasi dagang, tolong bakar sate. Pengalaman sate hangus atau jatuh dalam api memang dah selalu kena. Waktu tu lidi sate halus-halus je. Senang terbakarnya. Tak pandai kawal api, memang padan la muka banyak sate yang jatuh ke dalam pemanggang.

Kawasan rumah tok memang luas tapi tu dululah. Sebelah rumah ada kebun. Luas jugalah. Nak mentimun atau kacang panjang petik je kat kebun. Lembu dan kambing biri-biri ada bela. Cuma kambing biri-biri dijual (kot) sebab kerap sangat banjir. Lembu ada sampai aku umur belasan tahun. Burung merpati pun ada. Tak ingat kenapa tak bela dah. Last burung merpati kami sembelih dan jadikan lauk. Sedap. Dekat dapur juga ada hutan belukar. Ada burung ayam-ayam yang selalu carik makan. Kalau nasib tak baik, waktu jalan ke sekolah terserempak la dengan ular. Pernah juga kami try bela arnab dulu-dulu. Tapi arnabnya tak dapat hidup lama. Mungkin sebab dok bagi makan sayur je. Dulu-dulu mana tau pun ada dedak untuk arnab.

Setakat nampak cacing tanah dalam air waktu banjir perkara biasa. Tengok cacing meliut-liut bergerak dalam air. Kena pacat pun perkara biasa. Cabut pacat pastu letak dalam habuk ubat nyamuk. Sambil tu cakap kat pacat, padan muka sebab ko hisap darah aku.

Banjir memang selalu jadik waktu aku kecik. Naik perahu keliling umah atau sampai ke bandar Pekan pun perkara biasa waktu banjir. Terutamanya kalau hantar mak dan makcik aku pegi keja. Kadang-kadang pakcik-pakcik aku memancing dari tingkap umah. Ikan dapat ke tak, aku dah tak ingat. Lama dah kenangan nye. Dah jauh masa berlalu. Dan dah jauh aku dari daerah kelahiran aku. Kadang-kadang termangu, bolehkah masa dipusingkan. Ingin aku menikmati saat-saat yang lalu.

Aduhai, banyak dah ditulis. Nak angkat Danial masuk bilik lak.

Ja, mata ne.

Selamat berpuasa semua. Semoga diberkati puasa kita kali ini.

No comments: