Bercuti

Bestnya cuti. Start cuti dari Khamis (walaupun Jumaat bekerja sehari) sehinggalah hari Isnin (28/10). Cuti Isnin sebab just in case Danial menangis meraung-raung tak nak menjejakkan kaki ke Hadhanah. Kalau di tak meraung-raung, maka, dapatlah diriku berehat-rehat setelah penat drive yang panjang sepanjang minggu.

Cuti Khamis sebab nak hantar kereta di servis. Power window tak nak turun, central lock untuk satu pintu tak berfungsi, dan satu pintu kalau lalu jalan berbonggol-bonggol terbuka secara automatik (pintu ni rasanya sebab getah kot). Rasa-rasanya tau sebab musabab power window tak nak turun, tapi better confirm dengan mekanik dulu.

Jumaat kerja sebab bos ku bercuti lama. So, just in case ada menda-menda berlaku last minute bolehlah tolong-tolong cover. Lagipun dns ku itu ada lagi perkara-perkara yang perlu di'iron out' kan.

Ya Allah, hamba Mu ini memohon kepada Mu agar server E-learning yang diamanahkan kepadaku tidak akan down sepanjang aku bercuti dan tiada apa berlaku terhadap sistem wireless di sini. Amin.

No comments: