Cerita Raya 2009 (1)

Raya tahun nih kami beraya di Kangar, Perlis (keluarga sebelah wife). Kami bertolak ke Kangar dalam pukul 3 lebih dan sampai ke rumah Pakcik Tan lebih kurang pukul 5 lebih (aku drive slow lagipun masuk Alor Setar). Lama jugak duduk kat rumah Pakcik Tan sebab tunggu Pak Su datang ambil untuk pergi ke Homestay. Sampai di Homestay sempat rehat-rehat kejap.

Tengah rilek-rilek


Danial cam biasa dok kemas beg


Galak nak suruh dukung


Pemandangan di belakang homestay


Pemandangan di belakang homestay


Baru je decide nak mandikan Danial dan Irfan, ayah datang dan ajak keluar untuk berbuka puasa. Plan awal nak masak nasi arab, tetapi tak jadi sebab bahan tak cukup.

Pemandangan di depan homestay


Pemandangan di depan homestay


Pemandangan di depan homestay


Pemandangan di depan homestay


So, keluarla kami (dengan tak mandinya) untuk berbuka. Pak Su bawak van sebagai guide. Yang lain ikut belakang. Ada 4 buah kereta ikut belakang van Pak Su. Tengok cam jalan yang Pak Su ikut balik ke rumah Pak Cik Tan. So, aku pun cakap le ke wife "Ini jalan nak balik rumah Pak Cik Tan, berbuka kat rumah Pakcik ke?". Wife aku ckp "entah".

Kami ikut je la. Rupa-rupanya ke rumah lain. Kenalan keluarga wife aku. Seorang tok guru yang dikenali juga la. Kami berbuka dan solat Maghrib dan Isya' di sana. Kalau tak memang duduk lama lagi tapi sorang-sorang budak-budak kecik wat perangai. Danial dok merengek nak tido, Irfan dok nangis, dan Adam kenapa ntah. Mula-mula aku cakap kat pakcik Tan, tak pe lah biar je aku balik. Just guide je nak amik jalan mana. Pastu Pak Su ikut sekali. So, ikut la Pak su balik ke homestay. Di homestay, mandikan bebudak tuh. Pastu diaorang main-main jap sebelum tido.

Pagi raya, bebudak tuh pun bangun awal. Aku mandi-mandi dan siap-siap nak pegi semayang raya. Aku tau masjid kat mana since petang semalam memang lalu terserempak dengan masjid. Mungkin nasib baik, aku keluar je, Atah, Pak Su dgn anak Pak Ngah no 2 (memang serius tak ingat nama), baru nak pegi semayang. So, ikut sekali la. Lepas semayang raya ingatkan kami yang balik awal. Rupa-rupanya yang lain dah balik lagi awal. Siap mengadap nasi dah. Hehehe.. Aku balik ambik nasi dan makan kat tangga (suap kat Danial dulu). Danial pun dok ralit main turun naik tangga di dapur. So, sebab tuh aku duduk kat tangga. Tengah-tengah makan, ayah panggil cakap baca tahlil. Isk..potong stim sungguh aku nak makan. Tapi tak pe, dengan bertemankan Danial, aku dok makan walaupun orang dah berkumpul di ruang tamu. Ahaks. Siap bertambah lagi. Hehehe..

So, dok la ramai-ramai berkumpul di ruang tamu. Ada tahlil sikit, ucapan sikit. Lepas tuh sesi bersalam-salaman. Aku tak tangkap gambar waktu tahlil dan ucapan tu. Kamera tertinggal di dalam kereta. Ambil waktu tengah bersalam-salaman je.

Pak Cik Tan sekeluarga. Budak lelaki pakai baju biru tuh namanya Adam


Tengah bersalam-salaman


Tengah bersalam-salaman


Tengah bersalam-salaman


Tengah bersalam-salaman


Tengah bersalam-salaman


Tengah bersalam-salaman


Tengah bersalam-salaman


Tengah bersalam-salaman


Tengah bersalam-salaman

No comments: