Memori : Cinta monyet

Nih saja-saja tulis. Kisah lama-lama. Just in case kalau tetiba aku terlupa ke. :D

Cinta monyet memang la selalu terjadi di kalangan remaja yang meningkat dewasa. Terutama di zaman persekolahan. Aku jatuh hati dengan seorang perempuan ni waktu aku Tingkatan 3 dan dia di Tingkatan 2. Aku memang dah kenal dia sejak dia Tingkatan 1 lagi. Mana taknya. Antara pelajar Tingkatan 1 yang feymes la katakan. Entah macam mana tercrush aku pun tak tau.

Bercakapnya tak pernah. Tapi adalah aku antar surat dan bagi hadiah. Tiap-tiap kali lalu kelas dia, tengok dia duduk mana. Pastu antar surat. Kalau ada outing minggu tu dan leh beli hadiah, maka, hantar la hadiah sekali. Biasanya hadiah diberi waktu birthday dia. Macam mana aku tau birthday dia aku pun tak ingat. Maklum la dah lama.

Yang paling best waktu Tingkatan 5. Somehow, aku dapat jadik Pengawas sekolah dan somehow dia pun jadik pengawas sekolah gak (dia Tingkatan 4). Somehow, kami 'berkenalan' dan berbual-bual. Tapi tu lah, setiap kali depan dia buatkan aku gugup je. Yelah, orang yang diminati. Mana tak gugup. Sampai pegawas Tingkatan 4 dalam unit aku tegur 'minat dia ke?'. Hahaha..Ngok tul aku time tuh.

Memori indah waktu berbual di hujung minggu di satu pondok di sebelah dewan besar sekolah. Ahaks. Aku tak ingat cam ne parents aku ada kat sekolah dan nape adik aku leh ada kat situ. Cuma aku ingat dia ada berdiri di koridor depan kelas dia. Pastu dia nampak aku. Aku rasa aku panggil kot. Entah la. Tak ingat. So, aku berborak dengan dia sambil adik aku bermain-main di kawasan tersebut. Apa yang diborakkan aku pun tak ingat. Tapi somehow terasa indah nya dunia waktu tu. Pas tuh terbawak-bawak sampai balik bilik. Oh, adik aku pun dok bercerita jugak kat umah. Pasal aku jumpa sorang perempuan yang lawa. Ahaks.

Aku rasa ada lah once or twice balik bersama dia dari kelas ke asrama. Kira cam best je escort awek sampai ke simpang asrama diaorg.

Masa matrik terputus hubungan atau aku simpan nombor tapi aku tak call. Kalau call pun sekali dua je. Entah, memang tak ingat. Waktu dapat result SPM adalah terjumpa dengan dia, tapi time tuh happy dapat result ok. So, tak dan berborak panjang. Lagipun giler pe. Admirer dia ramai kat sekolah tuh. :D

Surprise, surprise. Time aku first year kat USM, dia masuk USM, tapi matriks la. We met sometimes, mostly ajar dia maths. Keluar makan tak pernah pun waktu di USM. Kiranya memang baik la aku nih. Minat dalam diam dan tak pernah cakap "Saya suka awak". Aku cuma pernah tanya, "awak ada dapat surat dari orang yang tak dikenali tak? Saya la tu yang tulis surat, hantar hadiah kat awak. Surat yang ada header something something tuh surat saya la." Aku rasa dia terkejut kot. Dalam surat tuh ada lah aku cakap aku suka dia. Tapi mulutnya tak de.

First year, aku dengar citer dia couple dengan orang lain. Aku dah kerja, aku stumble upon her dalam salah satu community site. Dah kawen pun (dia kawen awal dari aku). Memang aku doakan dia berbahagia hendaknya. And no, aku tak pernah regret yang aku tak cakap aku sukakan dia waktu kat USM. For me, the memories with her (walaupun sikit) are priceless actually. Pengalaman tu la yang banyak mendewasakan aku sebenarnya dan menjadikan aku lebih berani lagi.

Itulah kisah aku. Lama tu aku sukakan dia. Dari umur 15 tahun sampai ke umur 23 tahun. Pas tau dia kawen, then accept her just as friend. Oh, yang tau aku minat dia tak ramai. Kat USM cuma Azzed, Zam, Ali, Nizam, Fauzi dgn Mau kot. Yang aku tau Azzed memang tau. Orang lain entah. :D

p/s:aku suka sebenarnya tulis balik kisah-kisah lama. Its define who am I and what I've become.

1 comment:

Kayzem said...

ko suka sapa mie? hahahahah