Ramadan bakal berakhir

Tup..tap..tup..tap..sekejap je kita dah hampir sampai ke penghujung Ramadan. Nak-nak lagi bulan puasa ni aku kena buat evaluation tender untuk satu projek yang cukup besar. Sesak dada ketika membuat evaluation projek tersebut. Mana tak nya. Kalau orang tau nilainya berapa, pergh..boleh pengsan kot.

Bulan Ramadan sebenarnya bulan yang paling aku tunggu. Yelah. Tak payah nak makan tengahari. Aku jenis orang yang tak berapa lalu nak makan tengahari. Kecualilah kalau breakfast makan sikit atau tak makan langsung (biasanya kes meeting di awal pagi). Biasanya breakfast aku makan banyak. Supaya tengahari tak makan. Dan supaya dinner aku dapatlah makan awal. Aku rasa sebab rutin makan dengan jalan kaki yang amat banyak waktu persekolahan, matriks dan universiti lah yang berat aku tak naik-naik. Maintain je 58kg. Sekarang tu dia mencanak-canak naik. Pas balik dari Jepun turun la sikit. Pastu naik balik. Tapi syukur Alhamdulillah, setakat ni tak de lagi darah tinggi @ kencing manis. Cuma last checkup, maksima tinggi sikit dari yang sepatutnya. So, memang kena banyak jalan, kurang makan/minum manis dgn banyak minum air kosong.

Berbalik pada Ramadan. Terlalu sayang untuk membiarkan Ramadan berlalu pergi. Walaupun aku rasa tahun ni memang antara yang mencabar tetapi aku suka sebenarnya. Suasana bulan puasa ni lain. Tak dapat digambarkan. Biarpun tak ada bacaan Al-Quran berkumandang di udara, tiadanya ceramah, tetapi suasananya tetap lain. Bukan sebab lapar dan dahaga, tapi memang lain. Entahlah. Susah nak describe.

Dulu masa muda-muda (ahaks..cam dah tua je), kalau bulan puasa, hari-hari minggu ke atau memang time dok kat umah, pagi-pagi aku turun menghirup udara di bulan Ramadan. Entah lah pasal pe. Tapi dalam dok kata bulan puasa ni bulan berkat, bulan rahmat, kerap juga la terhilang pahala puasa. Nampak sangat aku ni insan yang lemah. :)

Tak lama lagi raya. Lemah den bila datangnya raya. Macam-macam komitmen kena diberikan. Bukannya apa. Aku jenis tak suka berjalan merata. Nak-nak lagi bila ada dua orang budak kecik nih. Kalau yang dilawati memang insan yang dikenali memang aku tak de masalah pun. At least kalau nak minta diri awal pun tak pe. Memang aku bukan jenis macam tu la. Waktu kecik-kecik dulu, kalau beraya pun setakat pergi umah member dengan cikgu-cikgu dengan jiran-jiran dekat-dekat umah je dengan sanak saudara. Yang lain-lain tak pergi beraya pun. Bukan pe. Segan pun ada. Lagipun macam tak elok menyusahkan orang yang kita tak kenal. Kalau dia berdosa dengan kita nanti mana dia nak cari? Tak pun kalau kita berdosa dengan dia? Susah nanti nak carik. Better pegi beraya rumah kenalan. At least kalau berdosa boleh paling lekeh pun sms "Samdol, aku ada mengumpat ko tadi. Maafkan aku yea."

Pastu duit, time raya kuar banyak duit. Bukan saja duit raya tapi duit nak servis keta, duit minyak, duit nak bayar tol, duit beli itu ini. Sebab tu dah masuk 3 tahun ni aku tak beli baju raya. Kalau beli pun beli t-shirt je. Itu pun sebab ada offer berpuluh-puluh percent. Kalau tak, jangan harap. Tahun ni pun baru tempah 2 pasang lagi seluar. Itu pun sebab seluar yang beli kat Jusco tak muat. Tempahan pertama setelah 3 tahun tak tempah seluar. Kemeja paling baru beli raya @ krismas tahun lepas. Tak ingat dah yang mana. Isk..aku tak kedekut, tapi duit banyak abih beli barang-barang untuk wife dengan bebudak. Aku lagi rela kuar duit beli susu Enfagrow untuk Danial dan Irfan dari beli baju aku. :D

Entah lah nape aku tak suka raya. Ada lah suka jugak. At least dapat balik umah mak ayah aku lama sikit. Adik aku pun komplen balik setahun sekali. Tu lah niat di hati nak mintak kerja kat Putrajaya. Lagipun ada sedikit bosan dok kat sini memandangkan kerja yang aku buat pun, aku bukannya ada minat 100% tak macam masa aku jaga server <-- (nih ayat in case kalau bos aku baca..tolonglah tukarkan saya..please).

Sejak tok dan makcik aku meninggal, aku rasa cam tak hepi je raya. Entahlah teringat sebenarnya. 18 tahun aku dok dengan diaorg (tolak ler bulan-bulan aku kat sbp). Macam-macam kenangan ada. Teringat lagi masa balik umah kali pertama puasa pas tok meninggal, aku pergi dapur, aku panggil tok. Tetiba teringat tok tak de. Nangis sorang-sorang kat dapur. (ha..pecah rahsia ni. Tak de orang tau citer ni sebenarnya).

Entahlah. Panjang dah tulis.

Apa-apa pun selamat menjalani ibadah di hari-hari terakhir di bulan Ramadan. Dan rasanya aku tak update dah sampai raya. Aku mintak maaf bebanyak atas segala silap dan salah sepanjang aku tulis blog. Aku tau aku kutuk, maki, hamun, cerca orang ikut dan je. Maafkan aku. Maafkan aku jugak untuk segala salah dan silap sepanjang kita berkenalan.

Selamat Berpuasa semua dan Selamat Hari Raya AidilFitri.

Bak kata David Arumugam, terima kasssssseeeeeeeeeeehhhhhhhhhhh.

No comments: