Syurga dan Neraka

Berikut merupakan perbualan antara aku dgn Az beberapa tahun yang lalu

Az : Ada sorang Ustaz bagitau, kalau nak bagi orang beramal dengan baik, jangan ceritakan seksa neraka, tapi ceritakan nikmat syurga.

Aku : Ooh.

Az : Kalau kita ceritakan seksa neraka, orang tak nak dengar.

Based atas perbualan tersebut, aku rasa memang betul pun. Kalau cerita seksa neraka tak de orang pun nak dengar. Seram sejuk dibuatnya. Manakan tidak nya, seksa paling ringan adalah disalai tubuh badan di atas api dan diberi minum cecair yang mengelegak. Belum sempat cerita, nanti orang cakap "Sudah la, seram sejuk aku dibuatnya"

Kalau kita ceritakan nikmat syurga mesti ramai yang terbayang-bayang sehingga mungkin terbawa ke mimpi. Mana taknya, Allah sediakan mahligai yang indah dan luas untuk setiap ahli syurga. Untuk si lelaki diberikan bidadari yang cantik menawan yang tak dapat ditandingi oleh mana-mana wanita di dunia ini. Untuk si wanita yang bergelar isteri akan diberikan rupa paras yang menawan yang dapat memikat hati si suami sewaktu di syurga. Kenikmatan syurga tiada batasnya. Paling nikmat dapat menatap zat Allah. Kedua nikmat dapat mendengar Nabi Muhammad s.a.w, Nabi Isa a.s dan Nabi Musa a.s membaca kitab-kitab suci yang diturunkan kepada mereka oleh Allah. Alangkah bestnya dapat menatap zat Allah, dapat menatap wajah Nabi Muhammad s.a.w. Hati ini meronta-ronta mahu mendapat kenikmatan tersebut.

Oh, post ni ditulis sebab baca blog Zoora pasal kisah bidadari. Khusyuk jap bila baca blog Zoora tadi. Terus hilang mood nak main game kat dlm facebook. :)

No comments: