Bagaimana rasuah boleh berlaku dalam perolehan kerajaan?

Sila baca Bahagian 1 dan Bahagian 2 terlebih dahulu.

Kita dah tahu tatacara perolehan kerajaan dan peruntukan yang digunakan bagi membuat perolehan kerajaan. Jadi, bagaimana rasuah boleh berlaku?

Senang sahaja sebab ada pemberi dan penerima rasuah. Kalau tak de penerima tidak ada lah pemberi dan sebaliknya.

Lagi satu terjadinya rasuah adalah mungkin disebabkan faktor-faktor berikut (bagi penerima) :-
1. Mungkin kesesakan wang hasil dari menanggung beban hutang yang tinggi atau pun menanggung kos perubatan yang tinggi - Yea, aku tau kakitangan kerajaan ada banyak priviledge tapi kalau sakit still kena queue kat hospital kerajaan (tak de bezanya walaupun ko tu kakitangan kumpulan A, nurse still treat sama je).
2. Mungkin dah biasa hidup mewah atau nak cari duit cara mudah.
3. Dah orang nak bagi, terima je lah (attitude la ni).

Bagi pemberi, mungkin disebabkan faktor-faktor berikut :-
1. Desperate nak projek.
2. Ingin menjaga hubungan baik dengan kakitangan khidmat awam.

Selain itu, faktor masa yang lama yang diambil bagi meluluskan sesuatu projek juga menyebabkan berlakunya rasuah. Hal ini kerana, kemungkinan pemberi menganggap bahawa dengan memberi rasuah, maka, projek akan diaward dengan lebih cepat.

Aku tidak boleh menyatakan dengan detail kenapa rasuah boleh berlaku kerana sesungguhnya aku tak pernah berhadapan dengan orang yang melakukan rasuah secare terang-terangan. Cuma tanggapan je kerana selalunya kes-kes rasuah hanya dilaporkan jika ada pihak yang tidak berpuas hati dengan si pemberi mahupun penerima. Ataupun jika ada sesuatu yang tidak kena sewaktu penilaian oleh audit dalaman sesuatu agensi atau audit oleh kumpulan dari Pejabat Ketua Audit Negara.

Disebabkan ingin mengurangkan rasuah di dalam perolehan kerajaan atau tidak ingin kakitangan kerajaan terlibat dengan rasuah, kerajaan telah cuba menggariskan perkara-perkara berikut di dalam pekeliling perkhidmatan awam :-
1. Kakitangan kerajaan tidak digalakkan berhutang sehingga lebih dari 60% gaji yang diterima. Hal ini bagi mengelakkan kakitangan yang berhutang keliling pinggang dari menerima rasuah.
2. Setiap proses tender @ sebutharga perlu dinilai oleh banyak pihak supaya si pemberi sukar untuk memberi suapan pada setiap individu ini.
3. Kakitangan kerajaan tidak digalakkan menerima hamper @ wang @ baucer dari mana-mana vendor sewaktu musim perayaan. Kakitangan kerajaan juga tidak digalakkan meminta sumbangan dari mana-mana vendor untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti makan malam staf, hari keluarga dan seangkatan dengannya.
4. Tidak menamakan sebarang staf di dalam borang tender @ sebutharga yang dikeluarkan kepada vendor. Hal ini bagi mengelakkan vendor mengetahui siapakah yang bertanggungjawab terhadap tender @ sebutharga terbabit.

Walaupun pelbagai cara yang dilakukan oleh kerajaan, namun, undang-undang ini adalah dicipta oleh manusia. Sedangkan undang-undang Allah pun ramai yang ngelat, inikan undang-undang yang dicipta oleh manusia.

Cara yang paling senang untuk mengelakkan rasuah adalah dengan tidak membuat sebarang perolehan untuk Kementerian/Agensi/Jabatan/Unit/Bahagian kerajaan. Tapi kalau anda perlu melakukan perolehan tolaklah sebarang perkara yang ingin diberikan oleh pihak vendor. Kalau tidak dapat menolak seperti hamper perayaan, kongsi dengan staf-staf anda atau jika vendor tersebut merupakan antara vendor yang tengah dinilai untuk satu-satu projek, nyatakan kepada vendor tersebut secara baik. Saya yakin ramai yang faham. Kalau sekali kita dah rasa 'duit panas' di atas tangan, memang susah nak berpaling lagi. Kalau tak dihukum di dunia, mungkin di akhirat. Tak siapa yang tau kan..kan..

So, berakhirlah artikel khas tentang perolehan kerajaan. Harapnya, ramailah faham konsep perolehan yang dilakukan oleh kerajaan. Ada ke yang baca eh?

2 comments:

Riezal aka Rezdrake said...

Insyallah ada saja yang membaca :)

Macam mana pulak sumbangan modular waktu kem It untuk bebudak2 dulu :).

Dan CCTV di pondok guard masjid yang dipasang dulu secara free.. mengharapkan tender lepas.. last2 tak lepas.. aku yang kena maki dgn boss company CCTV tu..

Boss zul siap cakap barking at the wrong tree haha :)

- rzmie - said...

Hehehe..Tu ler..Sumbangan Modular banyak tu kat sini. Tak reti nak cakap cam ne.

CCTV dah dioffer ke company lain. Company tuh tak ok la servis dia, bro. Agak lambat bila minta repair.