Gelak sakan

Main dengan gelak yang amat sangat bebudak 2 orang ni siang tadi. Malam dah dok nangis-nangis dah waktu tido. Ngigau nye kes. Oh, tadi bawa diaorg pegi rumah tok di Singkir, Yan, Kedah sempena Hari Raya Korban. Saja je dari duduk dan melepak di rumah. Banyak juga diaorg makan. Gelak dan main pun banyak.

2 hari aku cari kenapa la navigation scroll aku tak jalan. Rupa-rupanya, Danial dah ubah setting dari default ke auto-scroll. Jadi bila tekan butang ke bawah, auto-scroll akan scroll terus ke bawah. Seolah-olah tekan butang 'End'. Kenapa 2 hari? Sebab aku 'bijak' sangat terus edit config guna about:config command. Aduih. Tu la susahnya bila advanced sangat. Bila tengok setting cam ok. Tapi bila pergi ke Tools->Options->General->Browsing, nampak tanda auto-scroll di tick. Aduhai.

Oh, aku dapat beberapa query tentang Si Pencari Jodoh Sdn Bhd. Secara basic nya, ini cuma idea. Business proposal pun tak tulis lagi. Yang keduanya, aku tak bercadang nak buka pun, tapi since dah ada beberapa query, tengok la keadaan. Sebab, kalau nak buka sebagai business, aku kena dapatkan modal. Duit sekarang nak renovate rumah pun tak cukup, nak jadikan modal berniaga? Aku nampak cuma ada dua jalan, Exim Bank (yang tak berkenaan) atau pun pergi ke MARA. Tapi nak ke Mara sponsor atau bagi pinjaman? Artikel Si Pencari Jodoh Sdn Bhd bahagian ke - 2 sedang ditulis. Nanti-nanti aku pos.

Oh, terima kasih kepada pelawat dari Dundee, Scotland, UK dan dari Israel (thank you very much to the visitors from Dundee, Scotland, UK and from Israel). I just wondering (to the visitor from Israel), how do you stumble upon my blog? Bloghopping? Anyway, thank you for visiting. :)

No comments: