Si Pencari Jodoh Sdn Bhd - 1

Ini merupakan idea-idea waktu sembang-sembang dengan member-member. Dapat lagi banyak idea waktu aku drive sensorang ke UUM tempoh hari

Si Pencari Jodoh Sdn Bhd (selepas ini dikenali sebagai syarikat) adalah sebuah syarikat pencari jodoh bagi muslim yang sibuk bekerja dan tidak sempat mencari pasangan untuk berumahtangga. Konsep yang diguna pakai adalah sama dengan syarikat pencari jodoh yang wujud di Jepun dan USA. Cuma yang ditambah adalah ciri-ciri keMelayuan dan keIslaman.

Individu (selepas ini dikenali sebagai peserta) perlu terlebih dahulu mendaftar dan membayar yuran keahlian di syarikat. Pakej adalah seperti berikut :-

RM 1500 - untuk 3 kali perjumpaan, 1 x bengkel motivasi diri, 1 x bengkel pengurusan diri, 1 x kursus perkahwinan, 1 x bengkel membina keluarga Islam

RM 3000 - 7 x perjumpaan, 1 x bengkel motivasi diri, 1 x bengkel pengurusan diri, 1 x kursus perkahwinan, 1 x sesi bersama kaunselor 'percintaan', 1 x bengkel membina keluarga Islam

RM 4500 - 11 x perjumpaan, 1 x bengkel motivasi diri, 1 x bengkel pengurusan diri, 1 x kursus perkahwinan, 1 x sesi bersama kaunselor 'percintaan', 1 x bengkel membina keluarga Islam

Setelah membayar yuran dan mendaftar diri, peserta perlu memilih tarikh perjumpaan. Kelayakan bagi menjadi peserta adalah seperti berikut

i. Mereka yang telah mendapat kerjaya tetap
ii. Berumur di antara 25 - 40 tahun
iii. Masih bujang (bukan duda, janda)
iv. Tidak mempunyai rekod jenayah
v. Bukan penagih dadah
vi. Bukan penagih arak

Konsep perjumpaan

Perjumpaan akan diuruskan oleh syarikat di tempat-tempat yang bersesuaian. Setiap perjumpaan akan disertai oleh sekurang-kurangnya 5 peserta lelaki dan 5 peserta wanita atau maksimum 7 peserta lelaki dan 7 peserta wanita. Setiap peserta di dalam setiap perjumpaan adalah diaturkan oleh syarikat supaya hampir setara atau sekufu. Ianya supaya peserta dapat memahami antara satu sama lain dan supaya pasangan yang mendirikan rumahtangga akan kekal hingga akhir hayat.

Di dalam setiap sesi perjumpaan, 10 minit akan diperuntukkan untuk berbual dengan peserta berlainan jantina. Setiap peserta berpeluang untuk mengenali setiap peserta berlainan jantina yang hadir. Hanya sesi berbual sahaja dibenarkan. Berpegangan tangan, berkucupan dan lain-lain perbuatan yang melanggar hukum syarak tidak dibenarkan. Jika ada peserta yang ingkar, peserta akan ditegur. Kesalahan kedua akan menyebabkan peserta terkeluar dari kelab dan yuran tidak akan dipulangkan kembali.

Setelah sesi berkenalan, peserta akan dihidangkan makan malam di dalam satu meja yang menempatkan semua peserta. Adalah menjadi tanggungjawab peserta yang tertarik dengan peserta (berlainan jantina) lain untuk meminta nombor bagi berhubungan. Jika ada peserta yang jatuh cinta pandang pertama (kononnya), peserta boleh memaklumkan syarikat bagi meneruskan fasa seterusnya. Jika tidak, peserta boleh menyertai perjumpaan yang lain.

Fasa seterusnya adalah dating dan ianya merupakan satu makan malam yang diuruskan oleh syarikat. Ianya supaya pasangan dapat berkenalan di antara satu sama lain dan mungkin dapat meneruskan perhubungan hingga ke jinjang pelamin. Makan malam yang diuruskan oleh syarikat adalah bergantung kepada jumlah perjumpaan yang disertai & yuran yang dibayar. Pengiraannya adalah kompleks dan hanya akan diberitahu kepada peserta yang 'berjaya'.

Bengkel Motivasi Diri
Bengkel motivasi diri adalah dirasakan perlu diadakan bagi setiap peserta. Setiap bengkel akan diasingkan jantina bagi membolehkan aktiviti dilakukan dengan bebas. Penceramah juga akan dipanggil mengikut jantina peserta bengkel. Bengkel motivasi diri adalah bagi meningkatkan keyakinan peserta.

Bengkel Pengurusan Diri
Bengkel pengurusan diri akan dipandu oleh pakar-pakar pengurusan diri. Bagi peserta wanita, jurumekap profesional akan turut dibawa supaya peserta dapat mempelajari teknik bermekap yang manis mata memandang. Bengkel ini akan menekankan kepada pengurusan diri seperti cara berpakaian, cara berjalan, cara bercakap dan lain-lain yang dapat meningkatkan kualiti diri individu.

Sesi bersama Kaunselor Percintaan
Sesi ini adalah supaya peserta dapat memahami apakah konsep percintaan. Selain itu, supaya peserta dapat memahami kehendak individu yang berlainan jantina. Peserta juga akan dilatih dengan teknik-teknik bagi menjaga hubungan percintaan yang bakal dilalui peserta satu masa kelak.

Bengkel Membina Keluarga Islam
Bengkel ini bagi menyatakan kepada peserta tentang ciri-ciri keluarga Islam dan bagaimana caranya untuk membina keluarga menurut Al-Quran dan Sunnah. Peserta akan dinyatakan apakah tugas-tugas suami dan isteri dalam membina keluarga yang bahagia dunia dan akhirat. Bengkel ini dirasakan perlu kerana kes perceraian yang semakin meningkat bagi pasangan Muslim. Selain itu, ianya disebabkan banyak kes di mana suami tidak menunaikan tanggungjawab dalam membekalkan nafkah kepada keluarga.

Jika peserta berjaya melalui fasa pertama dan berjumpa dengan pasangan yang sesuai, peserta boleh melalui fasa seterusnya iaitu fasa peminangan yang turut diuruskan oleh syarikat. Bagaimana caranya? Ha, tunggu.

4 comments:

BPS said...
This comment has been removed by the author.
BPS said...

aku dah pecah tabung ada la RM30... boleh ke buat modal ni

http://b-p-s.blogspot.com/2009/11/pecah-tabung-20sen.html

- rzmie - said...

hehehe..kawan-kawan tak pe. leh bagi bayar ansuran.. :)

hussein said...

Scary idea!

/me runs away