Tido la Danial

Entry ada kaitan sket je dengan tajuk.

Malam & pagi tadi Danial muntah 3 kali. Semua yang dimakan minum habis keluar. Pukul 8 lebih lepas habis makan. Minum ribena. Selalu minum tak de apa-apa pun. Sekali termuntah. Pukul 4 pagi. Tak tau muntah pukul berapa. Bangun tengok dah kering dah atas baju, cadar dan rambut. Bangun lah mama dengan abah Danial membersihkan muntah dan Danial. Pukul 7 pagi sekali. Waktu tu aku tengah sidai baju. Lepas habis sidai tengok Danial terbaring kat ruang tamu. Aku terbau macam muntah, so tanya lah "Danial muntah eh?" Tengok-tengok tu dia. Memang muntah sungguh. So, aku masak air panas, dan Danial mandi. Waktu mandi nampak bantal busuk dia tergantung di ampaian (sebab basuh). Menjerit-jerit dan menangis-nangis "Nak bantal, nak bantal, nak bantal". Adoi. Pas mandi terus terpa bantal dia dulu.

Pas mandi, siap-siap, gembira je dia peluk bantal busuk sambil berguling-guling atas katil dengan Irfan. Gambar tak sempat nak tangkap. Nak pergi kerjalah katakan. Hehehe..

Berbalik cerita pukul 4, lepas dah bersihkan Danial, cadar pun dah tukar, so, nak tido. Aku tutup lampu. Baring dan pejam mata. Tengah-tengah pejam, Danial dok ajak berborak lak. Adoi. Aku pun cakap "Tido la Danial. Kejap lagi nak bangun". Dia pun cakap jugak. Isk..isk..Tak pasti pukul berapa dia tido sendiri. Tengok-tengok kul 6 tu dia dah tido.

So, penat jugak la malam & pagi tadi dok membersihkan muntah Danial. Alkisahnya, sebab dia muntah, aku bagi ubat demam (badan dia panas, suhu pun lebih dari normal). Rasanya mungkin sebab tak sedap badan tu.

Pagi tadi waktu hantar ke Hadhanah aku cakap kat cikgu dia kalau Danial muntah, tolong call yea.

No comments: