Scramble egg dengan susu

Resipi dapat dari Jamie Oliver dalam rancangan Oliver's Twist.

1. Pecahkan dua tiga biji telur dalam mangkuk.
2. Kacau sampai la kuning tuh bercampur dengan telur putih.
3. Masukkan susu (boleh guna susu segar Dutch Lady, Ideal Milk atau susu pekat yang dah dibancuh dengan air. Jangan guna susu berlemak. Tak best) ke dalam adunan telur. Agak-agak je masuk susu tu. Jangan banyak sangat. Kalau dalam 2-3 biji telur, letak la dalam 10-15 ml cam tu.
4. Kacau sampai sebati.
5. Panaskan pan atau periuk (guna periuk kecik je. Jangan guna kuali. Tak best).
6. Letak sedikit planta (bagi cover permukaan pan). Goyang-goyangkan pan supaya planta tersebar dengan rata. Bila letak planta atas pan panas, akan keluar bunyi dan asap sket.
7. Jangan biarkan terlalu panas, nanti telur hangus. Pas masuk planta terus je masuk telur.
8. Kacau dengan sudu sampai masak. Jangan biarkan ada kawasan yang tak dikacau. Kalau boleh kacau macam buat dodol.
9. Bagi sampai nampak kering. Pastu angkat. Kalau korang expert bab-bab mengacau, maka, telur tuh takkan hangus, nampak kekuningan je. Kalau tak expert, telur tuh akan nampak hitam sini sana sket.
10. Angkat, dan tunggu sejuk.

Amat sesuai untuk bebudak. Danial dengan Irfan biasanya makan banyak.

Roti cheese bersalut telur

Semalam tetiba rajin nak memasak (tapi malas nak ambil gambar), so, aku pun masak la roti berintikan cheese. Resipi main agak-agak bila tengok iklan Kraft Single.

Tak susah pun. Kalau ada toaster lagi senang. Mula-mula bakar roti atas pan (kalau ada toaster, bakar roti guna toaster). Biarkan sampai jadi garing-garing sket. Bila dua-dua slice dan belah dah garing, letak cheese atas sekeping roti. Satu keping lagi letak atas kepingan pertama. Balikkan atas pan sampai la cheese tu jadik faktor pelekat antara dua-dua roti (kalau dalam iklan Kraft, cheese tu cair sampai keluar dari himpitan roti).

Angkat, pastu masukkan telur yang dah dipecahkan kuningnya (entah betul ke tak istilah). Ratakan atas pan yang panas tu. Kalau korang pakai non-stick pan, letak planta sket pun tak pe dah. Kalau pakai stick pan, letak ler banyak sket, tak nak bagi telur tuh melekat atas pan. Bila agak dah masak sket, letak roti atas telur. Bungkus roti dengan telur.

So, menjadik la roti cheese bersalut telur. :P

Bebudak suka la makan. Try-try la.

Marahnya...

I lost my temper days ago. Nobody knows except Obi and Dilla. Sorry to both of you. Suddenly your IM been bombarded by me expressing things.. :P

Perkara kecik je tapi dok pendam-pendam, tetiba je ari tuh rasa berapi. As usual when I'm in an anger mood, I just be in my room (yes, I've got my own room at the office) staring at the monitor or just reading books or magazines that laying around at my room.

My boss had asked me a question regarding where my work interest lies. There are other questions but that particular question really intrigue me.

The convo didn't bring that long hours jam inside of the campus. Just a little bit. Maybe because the session end after office hours or many staff took a leave during the convo. But what I know is that, I parked far away from my office's building.

Danial didn't what to eat. He eat but not much. Only 2-3 spoonful. Tak tau la kenapa.

Konvo

Konvokesyen datang lagi. Aku tak berapa suka konvo walaupun aku suka gerai-gerai yang ada waktu konvo. Bila konvo datang, parking lot banyak tak boleh parking. Kenapalah diaorg suka pasang khemah atas parking lot? Eureka ada tempat untuk buat pameran, kompleks dewan kuliah pun ada, dataran merah @ bintang tu pun ada..aduih..penin-pening. Bila konvo datang, jem memang la teruk. Dengan student banyak yang still ada kuliah, dengan bas dalam universiti (rasanya time konvo tak beroperasi, tapi tadi tengok selamba badak je jalan), dengan kereta student, kereta parents, kereta staf. Aduih. Pastu kena pusing jauh. Dah la tahun nih kena amik dua orang budak kecik kat tempat berbeza. Ada jugak aku ikut jalan luar ni nanti.

Bila datang konvo je aku tak de mood nak wat keja. Tak tau nape. Jeles kot tengok org hepi berkonvo. :P

Tido awal

Sekarang ni aku dok selalu tido awal..Bila tidokan Danial, terus ikut tertido sekali. Lagipun sekarang ni aku rasa aku gunakan akal pemikiran lagi banyak. Dok pikir macam-macam sampai lah rasa penat je otak ni. Nak update blog pun malas kekadang tu.

Semenjak dua menjak ni, aku dgn wife dok ajar Danial sebut perkataan. Bunga, flower, dog, cat, kucing, mouse, tikus, tv, ajar mengira dan lain-lain. Macam biasa kalau ajar Danial (sambil guna buku), Irfan pun dok la kat sebelah. Dok sibuk nak pegang buku jugak. Kat umah ni ada 5 buku diaorg. 2 buku free, 3 buku-kain (cloth-based book) yang ada banyak gambar dari tulisan. So, dok la khusyuk tengok buku-buku tuh.

Ajar Danial sebut perkataan bukan sebab apa. Dia dah masuk 2 tahun, tapi mulut berat nak cakap melainkan kalau dok tengah main. Kalau tengah main tuh, bukan setakat mulut tuh riuh bercakap tapi dok nyanyi-nyanyi lagi. So, kalau ajar ni at least dapatlah dia bercakap sikit. Kalau nak minum ke, makan ke, tak de la nangis lagi.

Kereta Shell Ferrari yang aku kumpul skrg tinggal 4 buah je lagi. Mana lagi ntah yg lain anak-anak aku nih campak. Satu kereta dah berbunyi dah bila bergerak. Rasa cam ada menda je yg loose tapi tahap kemalasan tuh tinggi sangat utk merepair.

Semalam dok tensen dengan mesin basuh. 6 jam dok basuh baju sebab air yang keluar dari drain hose waktu rinse amatlah slow. Lagi laju siput babi jalan. So, aku tensen dok cabut drain hose tengok apa yg tak kena. Tengok-tengok kotoran melambak kat dalam drain hose. Basuh pastu attach balik ke tempat yg sepatutnya. Tengok slow jugak mengalir. Cabut balik drain hose dan cuba korek-korek kat sambungan. Erm, ada syiling tersumbat. Lepas habis je basuh baju, terus aku buka tutup belakang mesin basuh. Try cabut hose yang sambungkan antara drain hose dan cloth-basket ( @ drum @ apa-apa jelah nama tempat yg letak baju tu) punyalah susah. Berpeluh-peluh satu badan. Tapi bila dah dapat bukak dan tau tricks cara untuk melonggarkan besi pengikat, nak buka nya amatlah senang. Lepas dah buka, aku pun dok keluarkan la syiling yang ada. Adalah dekat 2-3 ringgit syiling 20 dan 10 sen yang ada dalam hose tuh. Siap je terus pasang balik. Tak test pun sebab tak nak membazir air. Lagipun baju dah abih basuh. Hari nih baru tengok, so far, so good la, air pun tak de menitik keluar dari dalam mesin basuh tu.

Ok lah. Nak tido. Dah kul 2 pagi. Terjaga ni pun sebab nak bancuh susu Danial. Alang-alang, check jap semua akaun game + email yang sampai + tengok agenda untuk esok kot-kot ada meeting. Ja, mata ne. Oyasuminasai.

Kan bagus kalau

1. Arak tak dijual secara terbuka di merata tempat. Ni tak, pergi 7 Eleven ada arak. Pergi Tesco ada arak. Pergi Giant ada arak. Pergi kedai runcit biasa pun ada arak. Memang hak bukan Islam untuk minum arak. Tapi tak terfikir ke, kalau la masyarakat Malaysia tak minum arak kan lagi better?

2. Rokok diharamkan dijual di Malaysia. Tak de lah orang hisap rokok merata tempat. Ni tak, nampak dah aku bawak anak still nak isap rokok lagi. Kat dalam kedai makan yang beraircond lak tuh. Sungguh tidak berperikemanusiaan. Memang lah hak diaorang nak merokok. Tapi hak bukan perokok jugak untuk hirup udara yang tak tercemar sebab asap rokok.

3. Ada LRT kat Penang nih yang hubungkan tempat-tempat strategik. Apsal la Tsu Koon tak terfikir. Kalau ada LRT, at least dapat kurangkan kenderaan kat jalan raya. Untuk kerajaan Guan Eng, buatlah site visit kat Singapura, Korea Selatan dgn Jepun. Tengok cam ne diaorang manage 'monorail' dan LRT. Pastu leh implement kat Penang. Memang kos tinggi, tapi kalau kerajaan tak mampu, at least privatise. Dengan populasi lebih dari 1 juta takkan tak de syarikat yang berminat kot? Kalau local company tak berminat, kita direct award kat JR ke. Hehehe..

4. Kereta aku boleh terbang. Tak de lah nak hadapi jem tiap kali nak balik umah.

5. Apa yang aku fikir terus muncul atas kertas @ atas medium yang digunakan untuk menaip.

6. Aku tau semua menda. At least tak yah nak tanya datuk Google dengan pakcik Wiki dah. Huhuhu..

Sekian sajalah impian yang tak akan tercapai wat masa sekarang. :D

No parking

Yesterday morning, after I've sent my kids to the nursery and wife to her office, I happily drove to the office. Behold, no parking. Half of the parking lots were blocked by "no parking" barrier. And its not even 'konvokesyen' yet. Konvo is on 12 August. If they blocked the parking lots on 12 August, I don't mind. Because of the stupid decision, many staff (and students who 'love' to park at staff parking lot) park haphazardly. Me? I parked far away. At least I can exercise.

The thing that confused me is why the heck they need to build tents at the parking lots. Because when parents and visitors come during the konvo, there will not enough parking space available. Two big parking lots will be used to build tents on them (and that including the 'tapak konvo'). Last year, not many tents being build on the 'tapak konvo'. This year, I'm not sure.

Gelagat Anak-anak aku 2

Waktu tengah malam, Danial biasa bangun untuk minum susu.
Danial : *dah abih minum, sua botol kat abah* abih
Abah : * ambik botol *
Danial : * tido balik *

Kalau waktu jaga, Danial bangun dan letak botol atas meja. Pastu cakap abih dan tepuk tangan.

Irfan pulak suka memanjat tempat letak TV. Makin tegah, makin dibuat. Pastu bila kena sergah, gelak-gelak.

Danial : * menjerit *
Irfan : * menjerit lagi kuat *
Danial : * menjerit lagi *
Irfan : * menjerit jugak *
Danial & Irfan : *gelak gelak*

Kat umah memang la. Pedih telinga dengar dua-dua menjerit. Even pagi-pagi pun menjerit.

Danial suka pegi ke dapur. Sekarang dok nak pulas tombol dapur gas. Memang seriau la gak.

Dua-dua suka menjahanamkan keta. Satu kereta mini Ferrari dah terkopak tayar. Satu lagi bila gerak buka "ktek..ktek..ktek.." Kereta remote yg Danial dapat dah pecah beberapa side. Remote untuk kereta dah tercabut. Even remote TV dah terbukak cover depan. Nampak litar je. Sib baik leh pasang balik.