Berborak sebelum tidur

Danial sekarang waktu baring-baring sebelum tidur kerap dok nak bercakap-cakap dengan aku. Ayat aku faham satu je

"Abah," pastu aku lost.

Aku cuma balas, "Yea, yea..Tido, tido..dah lewat ni".

Pastu dengar lagi "Abah, " lost lagi.

Bukannya aku tak faham tapi Danial cakap jenis mumble dan laju. Cam tadi, minta pakaikan kasut yang baru beli dan letak dalam rumah. Sampai nangis-nangis. Ingatkan dia nak bantal busuk dia yang memang tak de rupa-rupanya nak pakai kasut je.

Ada sekali, tengah-tengah kuyu nak tido tetiba tunjuk ke kipas. Puas jugak 5 minit nak faham apa dia nak. Rupa-rupanya dia sejuk. Itu je. 10 minit pas tu dia panas lak. Tunjuk kat kipas lagi.

Bila ambil dari Hadhanah (time balik ofis), dan bila tunjuk ke Irfan, dua-dua start menjerit. Irfan jerit, Danial balas. Isk, betul-betul adik beradik. Pelik tu bukannya nak peluk masing-masing. Mama dengan abah diaorg jugak yg diaorg nak peluk. Hehehe..

Irfan pun boleh cakap sikit-sikit. Perkataan famous dengan Irfan sekarang "Apa tu?". Bila nampak menda yang tak tau sikit "Apa tu?". Tapi bila ajak mandi tak de lak apa tu. Cuma tunjuk "Air".

Mandi lak sekarang, Danial dah start pandai mandi sendiri. Basahkan badan (depan) dengan kepala. Dok ajar juga supaya dia pandai sabun sendiri. Irfan pun dah start pandai basahkan badan (depan) sendiri. Cuma kadang-kadang kalau masuk berdua (Irfan dengan Danial), main air je la kerjanya.

Isk, panjang lak tulis. Nanti-nanti lak sambung. Windows Update ni asyik nak restart PC aku je kejanya.

No comments: