Danial dengan mainan barunya

Aku jarang beli mainan sebenarnya kat bebudak ni. Hajat masuk kat Toys R Us sebab nak beli board untuk Danial menulis. Board sebelum ni bagi kat Adam. Pastu tengok ada banyak mainan. Danial dok nak amik kereta-kereta kecik. Irfan pulak dok nak amik bola. So, pusing punya pusing, nampak la railset Tomas and friends. Sebab railset tu nampak besar, so, decide nak beli. Ada 2 jenis, iaitu railset dgn set jalanraya. Fikir punya fikir beli set jalanraya untuk Danial dengan Irfan.

Sampai kat umah berebut budak berdua tu kat kereta yang ada dalam set tersebut. Yelah, mana pernah main kereta yang jalan sendiri (pas masukkan bateri). Kereta-kereta yang ada dalam rumah ni semua yang kena tarik baru jalan (kereta Ferrari Shell).


Ralit tengok kereta bergerak
 
Mata tu ikut je mana kereta tu pegi
 
Seronok dapat mainan baru
 
 Tak puas hati kenapa abg Danial je dapat main
 


Malu-malu posing depan kamera

No comments: