Demam Campak dan Allergy

Kenapa aku dah lama tak tulis blog? Jawapannya adalah mula-mula Danial kena demam campak, pastu aku jangkit dari Danial dan Irfan pun kena pada masa yang hampir sama. So, total MC aku adalah 9 hari, 2 hari jaga Danial dan 7 hari MC untuk recovery dari chicken pox termasuk jaga Irfan yang tak kering lagi. Lama tu MC.

Sebab MC lama, aku still check email dari rakan sepejabat dan juga dari staf@student kat organisasi aku kerja. Still jawab email seolah-olah aku tak MC padahal tengah dok kat rumah. Kerja of course la bertimbun kat ofis.

Pegalaman kena chicken pox memang la teruk. Aku kena start Jumaat, so, pas Jumaat jumpa Dr untuk verify. Confirm kena chicken pox. Dr bagi prekripsi ubat yang kena beli. So, aku pergi farmasi dan beli dan dalam hari yang sama pergi ke Tesco untuk membeli serba sedikit barang keperluan.

Nasib baik beli barang mentah (untuk dimasak) waktu hari Jumaat, sebab start hari Sabtu aku tak boleh bangun pun. Bangun semata-mata pergi toilet dan ambil ubat yang aku klasifikasikan sebagai anti-viral. Aku tak tau sebenarnya nama ubat tu. Makan ubat tu memang bagi side effect yang amat pada aku. Cirit birit dan muntah-muntah untuk 2 hari pertama. 2 hari pertama campak keluar tak ingat dunia. Berlambak-lambak. So, aku rasa tu sebab aku tak leh bangun.

Hari Isnin pagi dah boleh bangun dengan jayanya. Pening dan demam dah kurang sikit dan aku boleh la setakat nak keluar dan turun ke bawah. Jalan lama-lama of course la tak boleh. Hari Isnin tu, Irfan pun kena dan layu je dia. Pagi pergi klinik untuk bawak Irfan dan ambil MC aku.

Isnin, Selasa dan Rabu, Irfan dok tidur je. Makan pun kurang, minum pun kurang. Effectnya, bibir Irfan pecah sebab kurang minum. Bangun semata-mata untuk mandi (bagi kurangkan miang). Untuk Irfan, awal-awal lagi dah mandi dengan daun mambu bagi kurangkan gatal campak. Start Khamis, Irfan dah boleh aktif sikit. Demam still ada dan nasib baik ada stok cool fever kat rumah. Chicken pox kat badan aku pun dah hampir kering. Ubat anti-viral aku stop pada hari ke 5 iaitu Rabu.

Hari Isnin berikutnya aku dan Irfan pergi lagi sekali ke klinik. Irfan dah makin aktif dan selera makan dah bertambah. Tapi aku still dapat MC 2 hari sebab chicken pox kat badan aku ada lagi despite dah jadi kudis dan Irfan still ada certain-certain chicken pox yang ada cecair. Malam tu start pecahkan chicken pox yang masih ada cecair pada Irfan. Irfan selamat dihantar ke Hadhanah hari Khamis dan aku selamat masuk kerja pada hari Rabu. Minggu first masuk kerja lepas kena chicken pox memang teruk. Badan aku still lemah sampai la ni (recovery proses lambat) dan kalau tidur dari pukul 10 memang pukul 4 pagi aku baru jaga. Itu pun jaga buat susu Danial dan salin pampers Danial. pastu aku terbongkang balik sampai la kul 7 pagi. Letih.

Hari ni pulak (Isnin ketiga) aku disahkan kena allergy. Gatal-gatal satu badan. Pastu Dr bagi injection piriton. At least kurang sket tanda tapi tanda-tanda merah allergy kat badan still ada walaupun tanda kat tangan makin kurang. Berpeluh memang tak boleh sebab makin gatal nanti badan aku. Ubat yang Dr bagi adalah ubat kurangkan gatal yang makan malam sahaja. Ada 2 lagi ubat yang kena makan pagi sahaja dan 3 kali sehari yang dipack dalam pack A dan B dan perlu dihabiskan. Tak pernah-pernah aku kena allergy dan Dr suspek aku makan seafood yang dah lama. Maybe la badan aku still lemah so, macam-macam kena.

Isk. Itu je la cerita aku.

No comments: