Aiskrim..aiskrim

Rizman cerita pasal aiskrim murah.

Aku berjinak-jinak beli aiskrim Baskin n Robbins nih dah lama. Dah dekat 3 tahun dah. First beli waktu bulan puasa sebab wife nak makan. Pastu beli la sampai sekarang. Tau Baskin Robbins wat offer 31% dari awal tahun lepas. Cuma bulan 10 baru berpeluang nak beli. Tiap kali 31 hb memang aku beli. Campur ni dah 4 kali beli. Beratur memang tak ingat nye. Kalau beli kat outlet memang ramai sampai kena ambik nombor giliran.

Tips nak beli waktu offer.

1. Kena pegi awal. Dalam pukul 11 pagi atau 12 tengahari.
2. Better pegi kat stall dari outlet. Tapi outlet banyak lagi choice. Kalau nak pegi kat stall pegi kat stall yang banyak pilihan. Contoh cam stall BR di QB Mall.
3. Tengok cara diaorg. Sama ada amik nombor atau order sahaja. Kalau nombor kena amik nombor kat kaunter, dan diaorg akan panggil nombor untuk order aiskrim, buat payment dgn amik order yg dah disediakan. Kalau order sahaja, ada sorg staff akan manned di bahagian hadapan stall. Pegi jumpa dia dan order.
4. Aku selalu order 4 jenis aiskrim nih, Jamoca, Pralines n Cream, Baseball Nut dgn Gold Medal Ribbon.
5. Kalau diaorg offer letak ais kering dlm packaging, sila ambik. Ais kering tu akan mengurangkan kadar kecairan aiskrim.
6. Pastu melantak ler sepuas-puasnya. Hahaha.

Oh, aku beli aiskrim sebab nak amik hati wife. :D

No comments: