Homedec April 2010 - Pisa, Penang

Aku bawa keluarga aku pergi ke Pameran Homedec yang bertempat di Pisa, Penang hujung minggu lepas. Pergi sebab hendak melihat-lihat harga kipas 5 bilah, yang mempunyai fungsi remote control di pameran tersebut. Harga kipas KDK di Jusco lebih kurang RM370.

Jadi, pergi la ke Pameran tersebut. Memang terkejut sebab tak ramai orang pun pergi tak macam PC Fair bersesak-sesak orang. So, objektif nak tengok harga kipas, harga peti sejuk dan TV LCD. Sebab tak ramai orang, seronok pula Danial dengan Irfan jalan-jalan dalam tu. Dah alang-alang pergi, maka survey-survey juga booth-booth yang pamerkan kabinet dapur, dapur dan kitchen hood. Pergh, canggih-canggih. Kalau aku ada duit dan rumah, nescaya aku tempah dan bayar deposit masa tu juga. Tapi tulah, fulus sengkek. :(

Akhirnya nampak jugak booth yang jual kipas. Kipas Khind, harga RM320. Oh, boleh tahan. Macam-macam design ada. Ada kipas dengan lampu. Pergh, memang canggih la. Duduk bawah kipas 5 bilah rasa best aja angin nya. Sebab tu agaknya ada kawan aku rekomen untuk beli kipas 5 bilah (aku cari sebab member rekomen). Sebab tak puas hati lagi, so, survey-survey lagi in case ada booth yang jual lagi murah. Jurujual di booth tersebut cakap "abang tak payah survey la. kami jual paling murah maa..".





From homedec'10



Kipas syiling yang mengancam






From homedec'10



Kipas lagi


Bila bawa budak kecik macam-macam ragam. Tapi dalam ragam-ragam sempat juga aku singgah di booth LG. Pergh, TV LCD nye mengancam. Jurujual nya suruh aku amik "abg bayar deposit RM 100 pun tak pe bang. Nanti kami simpan utk abang".
Aku : Serius, saya tak bawak duit ni.
Jurujual : Takkan RM 50 pun tak de bang. RM 50 pun tak pe bang.
Aku : Tak pe. Petang ni saya datang balik.

So, pusing-pusing lagi. Nampak bath tub. Danial terus terkagum tengok. Alahai anakku, suka sungguh kat bathtub.





From homedec'10



Abah, air. Danial yang tengah teruja


Masuk dalam showroom yang jual semata-mata bathroom accessories. Serius aa, kalau aku jutawan, memang aku rembat nye untuk pasang kat rumah baru. Alas, aku hanyalah pekerja picisan.

Bebudak dah meragam. Rasanya sebab tak minum-minum. So, naik tangga rehat di tempat-tempat duduk yang ada dalam PISA. Waktu tengah duduk-duduk, tengok mana lagi booth yang jual kipas. Ada rupanya. Sambil-sambil tu bincang nak ambil ke tak TV LCD LG tersebut.

Lepas bebudak dah rehat dengan jayanya, maka kami pun meneruskan misi dan pergi ke booth kipas satu lagi. Sini lagi murah. RM 269 je.
Kami : "Tak leh kurang lagi ke? Nak beli banyak ni?"
Jurujual : "Banyak tu berapa?"
Kami : "Dalam 3-4 buah"

Kami turut tanya pasal ciri-ciri kipas tersebut. Jurujual tersebut melayan dengan sepenuh hati. Tapi dia mintak booking. Alasan aku sama, tak bawa duit.

Kami pun balik rumah dan bincang. Memang berhajat ambil kipas dan TV LCD LG.

Pukul 6.40 petang aku keluar (bebudak tengah tidur lagi). Misi menempah kipas dan TV LCD LG. Sampai di Homedec aku telefon jurujual booth kipas.
Aku : "En XXX ada di booth tak ni?"
Jurujual : "Ya, saya ada."
Aku : "Saya yang datang pagi tadi ni. Nak tempah kipas ni."
Jurujual : "Tak pe, saya tunggu".

Sampai-sampai dia tengah melayan pelanggan lain.
Jurujual : "Abang tunggu kejap yea"
Aku : "OK"

Selepas beberapa ketika
Aku : "Berapa harga boleh dapat yea?"
Jurujual : "Untuk abg, saya bagi RM250"
Aku (dalam hati : cantekk) : "Ok, bagi 4"

Tersenyum jurujual tersebut sebab aku beli 4. Setelkan bayar deposit RM 300, maka, dah sah aku tempah 4 buah kipas 5 bilah, berwarna silver dan beremote control. Misi seterusnya tempah TV LCD LG. Lepas confirm harga yang diaorang nak bagi pagi tadi, beserta sedikit tawar menawar, aku pun bayar deposit RM 200. Isk..isk..RM 500 keluar dalam masa tak sampai sejam.

So, aku pun blah.

From homedec'10

Bath tub


From homedec'10

Kipas ni nampak je kecik. Harga RM 200++


From homedec'10

Depan booth kabinet dapur


From homedec'10

Suka dapat keluar

2 comments:

are_shie said...

huhu.. aku tak sempat pegi.. tapi takpe.. selamat duit.. haha.. dari takde apa2 nak beli, kalau pegi, terus ada2 jer nak kena beli.. :p

wan said...

Salam. tgh cari kipas gak ni.
kalu tau kat mana ada murah, minta tolong info. pening nk cari.
nk masuk umah baru