Mongok, lahanat

Ada beberapa cerita

Cerita 1 :
Aku nak beli prepaid utk Streamyx Zone. Pakai kredit kad, beli kat TM website. Tapi haram jadah tak boleh pakai. Sial.

Call tech support TM (tol free 1515), pastu boleh cakap "Saya pun tak pasti la Encik kenapa. Saya bahagian produk je". Habis tu apasal TM letak nombor tol free tu? Anyway, rasa better sikit sebab si perempuan ni sambungkan ke Streamyx Help Line (100 sambungan 1). Tunggu lagi 5-10 minit.

Tapi tak membantu. Asyik suruh aku buat menda yang aku dah buat. Asyik tanya "Encik tak dapat nombor siri dengan nombor sekuriti ke?" Aku memang tak dapat nombor-nombor tu. Alih-alih dia cakap ada dalam email. Soalan : Kenapa programmer TM tak letak notis beritahu "Nombor Kad dengan nombor sekuriti telah dihantar ke email anda". Kan senang?

Try-try tak boleh juga. Alih-alih, cakap "Encik pergi la TM Point. Tanya diaorang".

Soalan : Kalau macam itu, better dari awal-awal tadi aku pegi ke TM Point. Tak payah aku nak membazir masa, kad kredit dengan bil telefon call diaorang. Orang beli online sebab nak senang. Sebab tu beli online. So, TM, macam aku cakap semalam, sila refund aku punya RM 5 yea.

Cerita 2 :
Aku on-the-way balik rumah lepas habis kerja. Sampai di simpang rumah, tengok-tengok ada lahanat yang cipan (dah la cipan, lahanat lagi tu), potong queue kereta yang tengah menunggu giliran nak keluar simpang. Hasilnya, dia block jalan untuk aku masuk ke rumah. Bodoh. Tak pikir orang. Nak senang diri sendiri. Dah kena hon pandai pulak nak undur. Padahal tak nampak ke aku bagi signal cakap aku nak masuk simpang. Nak cakap buta, boleh bawa kereta. Nak cakap bodoh, pass je ambil lesen. Nak cakap aku tak bagi signal, memang aku bagi signal tiap kali sampai simpang rumah tu just in case ada lahanat cipan yang buat kes macam tu.

Cerita 3 :
Aku dengan wife buat online bisnes. Semalam wife aku naikkan pos pasal produk yang kami jual dalam forum. Sekali dapat call dari sorang tu tanya kenapa produk kami jual mahal dari yang dia beli. Pastu siap ceremah lagi. Lahanat betul. Kalau nak beli, ok la tawar menawar. Ni tak. Tau la telefon ofis ke ofis free tapi jangan la salah gunakan telefon tu untuk maki atau bagi ceramah kat orang. Mongok.

Cerita 4 :
Aku dapat spam email yang banyak dari sorang yang promote event dia waktu cuti sekolah. First sekali, aku tak de anak yang ambil UPSR, PMR dan SPM tahun ni la bahalol. Kedua, email office bukannya untuk spam orang bahalol. Ketiga, email office yang aku pakai, aku tak pernah pun guna untuk benda-benda private. So, janganlah spam aku dengan menda-menda tak berfaedah tolol. Penat aku pagi ni untuk buang email ko tu. Kalau hantar satu je tak pe. Ni berlambak-lambak.

Cerita 5 :
Ada seorang mamat ni. Promote MLM dan skim cepat kaya kat aku. Aku cakap aku tak mau, tapi dok jugak promote. Sebab aku tak mau dia ckp "Ini lah orang Melayu, tak nak tolong orang Melayu sendiri. Macam mana nak maju." Aku balas balik "Oi, aku bukan Melayu, aku mix ok. Pastu aku tak nak kaya dengan tipu orang. Baik aku makan gaji sampai aku mati. Blah la. Aku tak nak dengar ikut suka aku la." Mongok.

Sekian cerita aku.

1 comment:

are_shie said...

komen 1: TM mmg camtu.. nyakitkan hati.. aku ada kes, tapi kalau aku citer kang dah jadik cam rupa blog aku plak kat sini.. hahahaha

komen 2: slalu kat umah aku pun ada camtu.. lagi sakit hati suka parking suka2 hati sbb nak beli toto.. bengong..

komen 3: suka hati ler peniaga nak letak harga berapa.. suka beli, tak suka tak yah beli.. ape kecoh?

komen 4: org yg hantar email tu dah kena warning dgn aku pagi.. tersipu2 dalam telepon.. suka2 hati dia jer...

komen 5: aku suka jawapan balas ko kat mamat itu.. hahaha.. since ko mix, ko kena sokong aa kalau aku bisnes kan.. dasar mix betul.. wahahaha