Tak de akai ka?

Bawa kereta laju-laju. Dah la salah masuk lorong. Nak tukar lane tak reti bagi signal. Tetiba je masuk macam tu saja. Tak tengok belakang pula tu. Itu la perangai beberapa orang yang bawa kereta di sekitar Penang. Tiap-tiap kali drive mesti jumpa sorang dua.

Tadi tetiba jam kat coastal highway (area Queensbay - Eastin). Jarang area tu jam hujung minggu dan malam. Memang pelik la tetiba jam. Pulak tu 3 lane semua jam. Pelik bin ajaib. Rupa-rupanya, mangkuk hayun driver ni tekan brek semata-mata nak tengok accident kat seberang jalan sana (dekat Eastin). Ish, memang la. Dalam hati menyumpah-yumpah yang teramat. Nasib baik simpang masuk rumah tak jam.

Area sini bebudak main mercun start dari tengahari. Itu dah satu hal. Satu lagi hal, main mercun dalam bangunan apartment ni. Hari tu, geram punya pasal aku jerit je "Woi, bodoh ke main mercun dalam bangunan". Sekejap je berenti. Pastu main balik. Aku tau la datuk ko tu berpengaruh dalam bangunan ni. Aku tau la bapak ko setiausaha persatuan penduduk. Aku tau la tahun lepas keluarga korang masuk paper. Tapi janganlah main mercun dalam blok. Menyusahkan orang la samdol. Nasib baik la aku tak de senapang. Kalau tak mau masuk jel aku ni.

Oh, aku benci beli sahur kat Pelita. Sebab ada umat (tak semua) yang kurang ajar yang amat. Ada umat yang tak reti beratur dan tak reti tunggu giliran. Ada 3 kes sebenarnya.

Kes 1, aku tengah beratur untuk beli nasi lemak. Tetiba ada mamat (tau la ko besar mat), potong dengan selamba je dengan buat konon-kononnya tengok lauk. Jangan bohong la mat, aku tau ko nak potong. Aku dulu dok asrama, dan dah masak taktik-taktik potong senior-senior di dewan makan & kantin. So, dengan panas hati aku tegur "Hello bro, tak nampak ke ada orang dok beratur ni? Orang lain pun lapar gak.".

Kes 2, pas aku order nasi lemak, ane ni cakap "Abang duduk dulu". Ye la kan, banyak giler order dia nak complete. Ada la dalam 15-18 pinggan. Pastu bila dia buat order aku, ada mamat lain yang tengah dok beratur dok arah-arah si ane ni apa yang dia nak. Ane tu dgn coolnya "Abang tu dulu. Sabar". Panas je hati mamat tu. Dia dok pandang je aku dengan pandangan marah. Ada aku kisah? Ko beratur belakang aku tadi. So, ikut turn la.

Kes 3, aku tengah bayar, tetiba ada mamat ni sibuk cerita apa yang dia beli (untuk bayar la tu). Aku memang geram sangat dah. Dah la 2 kes di atas berlaku sebelum kes 3. Kalau gaduh pun gaduh la. Aku pedulik apa dah time tu. Aku pegang tangan mamat tu dan cakap "Ko nampak tak aku tengah beratur untuk bayar ni?". Tau pulak tersengih macam kerang busuk. Bodoh. Harap pakai je helmet lawa dgn cool tapi beratur pun tak reti.

Ada pun idea aku nak update blog. Ingatkan tak de.

No comments: