Bila ITIL menepukan fikiran

Sudah 2 bulan rasanya dapat tugasan untuk mengITILkan perkhidmatan di ofis. Memang tepu nak mampus kepala otak. Tak terjangkau rasanya aku selaku individu yang cuma ada sijil ITIL Foundation untuk mencadangkan pengITILan perkhidmatan pusat data di ofis. Rasa kerdil je bila dapat tugasan. Kerdil dan tepu. Itulah aku rasa sekarang ni. Kertas cadangan pun cuma bagi 5 projek tapi rasanya amat berat nak tulis cadangan. Kitab ITIL v3 pun punyalah tebal. Dan punya banyak prosedur. Apa yang ITIL dan apa yang tak? Susah sungguh nak jawab. Dan lagi la susah untuk mencadangkan.

Tapi ada juga kebaikan. Kebaikan boleh la juga buka kitab ITIL kembali. Kalau tak jadi berhabuk dan berdebu la kitab belajar waktu kelas hari tu.Dan ada juga yang makin difahami. Sebab aku cuma concentrate pada Service Strategy dan Service Design, 2 fasa dalam implementasi ITIL makin aku faham la apa yang cuba disampaikan. Tapi itu la. Pemahaman aku dan anggota kumpulan (ada 6 perkhidmatan yang cuba diITILkan semuanya), berbeza pemahaman. Tapi biasalah. Bila sesuatu perkara itu cumalah konsep dan 'framework' maka boleh berbeza pemahaman dan pandangan. Asalkan mengikut susur galur 'framework' pun jadi la. Daripada tiada langsung.

Apa-apa pun, sama macam konsep-konsep lain dalam pengurusan IT, ITIL banyak tertumpu pada konsep pengurusan. Pengurusan aset, dokumentasi, konfigurasi, keselamatan, dan macam-macam lagi. Kemudian tertumpu pula pada penghasilan pelan dan dokumentasi setiap perkhidmatan IT yang ditawarkan. Kiranya, kalau sesebuah organisasi ingin mengimplimentasikan ITIL amatlah susah kalau tiadanya dokumentasi dan pengurusan yang 'elok' sebelum ini. Sebab itu tidak mustahil ada sesetengah organisasi IT cuma berjaya mengimplementasikan ITIL dalam tempoh 5 tahun setelah batu asas diletakkan.

Ada banyak lagi yang hendak aku bebelkan. Tapi disebabkan kekalutan pemikiran dan juga bebudak yang sedang ada di ofis sekarang ni maka, haruslah aku menamatkan sesi bebelan ini. Insya-Allah akan disambung lagi.

No comments: