Ketidakbolehan 'reset' kata laluan di dalam CentOS 6.0

Dalam CentOS 6.0 Final Release terdapat satu kelemahan iaitu ketidakbolehan 'reset' kata laluan bagi root. Cara 'reset' kata laluan menggunakan single mode juga tidak boleh digunakan. Tetapi ada 'workaround' untuk mengatasi masalah ini. Masalah ini adalah disebabkan selinux yang disetkan secara default di dalam CentOS 6.

Cara mengatasi masalah ini.

1. Reboot atau re-force Linux (ctrl + alt + del)
2. Di dalam GRUB menu, taip 'e' untuk edit.
3. Kemudian pergi ke end of line (tekan kunci 'End') dan tambah selinux=0 dan single di akhir line.
4. Kemudian taip 'b' untuk boot.

Voila! Anda boleh mereset kembali kata laluan bagi pengguna root. :)

Masalah ini telah diselesaikan dalam Forum CentOS di www.centos.org.

1 comment:

faizalhana said...

kenapa susah sgt

just log in as root

pastu taip command

passwd