Komen tentang SBPA

Akhirnya persoalan tentang SBPA telah terjawab. Pekeliling telah dikeluarkan. Cuma aku rasa terkilan kerana sifir gaji atau tangga gaji tidak dipaparkan di dalam pekeliling tersebut. Tapi sebab carian Google yang power, maka dapat jugak aku cari tangga gaji tersebut. Sila rujuk di sini.

Aku tak nak komen tentang skim lain dulu melainkan F1. Nanti bila aku dah stadi pasal skim lain, aku akan komen.

Skim F dengan secara rasminya telah ditukarkan nama dari Sistem Maklumat kepada Teknologi Maklumat. Perkara ini telah diterima pakai sejak 2-3 tahun lepas semenjak jawatan Pegawai Sistem Maklumat dan Penolong Pegawai Sistem Maklumat ditukarkan kepada Pegawai Teknologi Maklumat dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. Hasil dari pertukaran nama skim ini, tangga gaji PPTM telah dinaikkan pada pengeluaran pekeliling tersebut.

Designasi jawatan telah ditukarkan dari F41 sehingga ke F54 kepada F1-1 hingga F1-6. Perhatikan ada 6 lapis jawatan telah diwujudkan pada sesi ini. Namun dalam perjawatan SSM hanya ada 5 jawatan sahaja iaitu F41, F44, F48, F52 dan F54. Hal ini bermakna JPA telah mewujudkan satu lagi 'jawatan' baru iaitu F46. Hal ini adalah kerana F41 akan dibawa kepada F1-1, F44 kepada F1-2, F48 kepada F1-4, F52 kepada F1-5 dan F54 kepada F1-6. Adakah ini bermakna peluang kenaikan pangkat menjadi lebih cerah selepas ini? Persoalan ini perlu kepada faktor tunggu dan lihat.

Gred gaji

Gred gaji telah pun berubah. Syukur alhamdulillah, gred gaji F1-1 T1 telah pun ditambah berbanding SSM. Namun menjadi ralat kepada kami yang telah bekerja selama 7 tahun yang masih di tangga P1T7, tangga gaji kami equivalent dengan orang yang 4 tahun bekerja dalam SBPA. Hal ini menjadi sedikit ralat kepada kami yang telah berkhidmat selama ini. Namun kenaikan tahunan sedikit lega kerana setiap selang tangga gaji perbezaan adalah sebanyak RM220++ berbanding SSM iaitu sebanyak RM100++. Ini bermakna kenaikan sebanyak  120% berbanding skim lama. Namun apa-apa pun aku lega la sedikit kerana pada awal tahun 2012, kenaikan gaji adalah RM160 dan diikuti dengan RM220++ pada kenaikan seterusnya. Alhamdulillah.


Diharapkan dengan adanya perjawatan baru dalam skim F1 maka peluang kemajuan kerjaya dalam skim F1 ini akan bertambah. Semoga dengan skim baru semua akan jadi lebih bersemangat untuk bekerja.

5 comments:

aida said...

abg mie...KGT tahun akan datang bergantung pada prestasi kan ...maksud KGT bukan fixed setiap tahun..

faizalhana said...

ya betul...saya dengar mcm tu gak...walaubagaimana pun sebagai Pegawai Teknologi Maklumat yang telah berkhidmat 4 tahun bersyukur...gaji telah dinaikkan

shawn said...

SBPA-Sistem Bodoh-bodohkan Penjawat Awam. sesiapa setuju memang bangang. Bagi 10 sen ambik seringgit. dia tambah gaji penjawat awam 10% tapi dia tambah gaji dia 100% + kuasa dia untuk tentukan hidup mati penjawat awam. apa yang cuepac mintak supaya penambahbaikkan ssm dari segi tangga gaji supaya jarak antara yang bergaji tinggi dan rendah tak terlalu jauh atau setidak-tidaknya mampu menanggung kos sara hidup sekarang. lain kali kena bercampur dengan staf bawahan supay tahu betapa sukarnya hidup mereka dengan tangga gaji sekarang. Sepatunya ditubuhkan Tibunal Gnjaran seperti di Autralia supaya kenaikkan gaji kaki tangan awam lebih telus. Ni asyik2 tukar skim jer. satu PM satu skim tapi yang banyak dapat manfaat skim dengan Gred 41 keatas jer. bangang betul. Yang bawah2 ni dapat ciput jer. Katakan bagi kenaikkan RM 200 sebulan. Bahagikan 30 hari sebab ko makan hari2, ko bergerak dengan petrol hari2, kominum hari2, ambik kira keperluan asas jer... =RM 6.60 sehari untuk cover kenaikkan kos sara hidup harian. Dulu RM 5 ringgit untuk sekali makan seorang. Kalau satu keluarga suami isteri dan seorang anak, 3 kali makan sehari dengan harga makan sekarang iaitu RM 7 ringgit, kenaikkan RM 6.60 macam tak ada ape benda. ko pegi kedai makan ada tokey kedai makan tanya ko,ko keje gred barape? Gred 41 keatas dengan nasi seekor ikan, sayur dan sambal belacan RM 10. Yang gred 41 kebawah RM 7 ringgit jer. Ade ke macam tu? Yang rakyat biasa macam aku ni bising sebab nak makan sehari-hari pun susah. Kenaikkan RM 200 pun tak ada benda, lagikan pulak aku ni dengan kenaikkan RM 70. bangang betul la. RM 2.30 je sehari. aku nak beli apa dengan RM 2.30? beli kondom pun tak lepas...

Anonymous said...

Dgn sbpa gaji f41 lebih kecil dr n41. Apa rasionalnya? Masa sama2 msk dulu gaji kami lebih sedikit dr rakan2 N. Namun kini sebaliknya. Harap dpt diajukan kpd kp jpa.

Anonymous said...

shawn... 41 ke atas, diorang ada hutang belajar.,..hutang PPTN lah...bayar balik kat family yg tanggung diorang...kalau gaji pelaksana lebih kurang sama dengan pegawai, baik kita nasihatkan anak2 tak payah belajar tinggi...nati kerja pun lebih kurang sama dgn yg menggunakan kelayakan spm dan sebginya....duit pun tak habis