Sukan di Malaysia & Olimpik

Setiap ahli sukan yang mewakili negara menyimpan hasrat untuk bertanding dan merebut pingat di Sukan Olimpik. Siapa yang tidak inginkan pengiktirafan yang tertinggi dalam dunia sukan. Tanya sajalah kepada pasukan bola sepak Malaysia yang layak bertanding di Sukan Olimpik Moscow pada 1980 tetapi tidak bertanding disebabkan kerajaan Malaysia ketika itu memboikot temasya Sukan Olimpik tersebut kerana Russia (Soviet Union ketika itu) menakluki Afghanistan. Layak ke Sukan Olimpik bukan calang-calang atlit. Daripada ramai atlit di Malaysia hanya 28 orang sahaja yang layak ke Olimpik. Namun bila kebanyakan mereka gagal mendapatkan pingat media memperlekehkan mereka ini.

Lihat sahaja panggilan RTM dan TV3 kepada Azizulhasni Awang. Nasib baik tiada panggilan entah apa-apa dilemparkan kepada Lee Chong Wei oleh media kecuali segelintir ahli politik yang bodoh dan bongok. Ingat senang ke nak bertanding di Olimpik? Cuba tanya ahli politik dan media yang memperlekehkan atlit kita, setakat mana mereka mewakili dan mengharumkan nama negara? Berapa kerat sangat yang dapat award di persada dunia?

Sukan Malaysia di Masa Depan

Dengan kemenangan 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa, Malaysia tidak boleh merasa selesa. Hal ini kerana negara-negara Asia lain mendapat pingat yang lebih banyak dari kita. Lihat sahaja Korea Selatan, sewaktu artikel ini ditulis, mereka memenangi 13 Emas, 7 Perak dan 7 Gangsa yang meletakkan mereka di tangga ke 5 dalam pungutan pingat di Sukan Olimpik 2012. Jepun 5 Emas, 14 Perak dan 17 Gangsa. China berada di tempat kedua di belakang Amerika dengan pungutan 37 Emas, 25 Perak dan 20 Gangsa. Di mana kedudukan Malaysia? Tangga 57 berkongsi tempat dengan Serbia, Finland, Estonia, Bulgaria dan Indonesia. Jangan kita bandingkan kita dengan Indonesia atau Singapura atau Thailand. Bandingkan kita dengan negara-negara lain di Asia. Bagaimana cara mereka melatih atlit-atlit supaya bertaraf dunia? Bagaimana dengan disiplin atlit-atlit mereka? Mungkin perlu dilakukan sesuatu untuk menaikkan kembali martabat sukan di Malaysia. Bagaimana yea agaknya?

Pada pandangan aku, perkara berikut mesti dilakukan :

1. Jangan bagi orang politik pegang jawatan dalam Persatuan-persatuan sukan tanahair. Kalau mereka minat dan berpengetahuan dalam bidang tersebut mungkin ok tapi kebanyakan ahli politik cuma menjadikan persatuan-persatuan sukan tersebut sebagai batu loncatan atau mileage untuk agenda politik mereka. Tidak ramai yang betul-betul ikhlas untuk menaikkan martabat sukan negara.

2. Sponsorship kurang dalam sukan tanahair. Bukan tak banyak syarikat-syarikat gergasi yang bertapak di Malaysia. Tapi masih ramai yang tidak menaja atlit-atlit negara. Kenapa yea? Mungkinkah tax break tidak setimpal dengan 'jasa' yang ditaburkan yang menyebabkan mereka enggan menaja sukan-sukan tanahair? Atau mungkinkah persembahan atlit-atlit kita tidak mantap? Tapi aku tengok ada saja yang disponsor. Contohnya LCW dan Pandalela. Kedua-duanya merupakan Maxis Sport Ambassador. FAM dan Liga Malaysia ditaja oleh TM. Dalam konteks penajaan antarabangsa, Air Asia dan Petronas menaja F1. Jadi di mana silapnya kekurangan tajaan dalam sukan negara? Fikir-fikirkan lah.

3. Pendedahan atlit-atlit ke kejohanan antarabangsa. Yang mana kita lihat amat kurang. Selain dari bola sepak (yang mendapat tajaan banyak), badminton (atlit-atlit dalam kem 'elite'), dan beberapa sukan lain, atlit lain kurang mendapat pendedahan untuk bertanding ke kejohanan antarabangsa. Kalau tak bertanding macam mana nak dapat pengalaman? Mungkin faktor nombor 2 yang menyebabkan sukar untuk menghantar atlit ke kejohanan antarabangsa, tapi tiada alasan sebenarnya kerana kerajaan ada memberikan geran kepada persatuan-persatuan sukan ini. Setakat mana geran ini digunakan sepenuhnya oleh persatuan sukan. Atau adakah geran ini 'diseleweng' dari tujuan asal? Jika tak mampu nak hantar ramai, hantar la segilintir atlit. Dan juga pegawai-pegawai yang tak berkaitan tak perlulah pergi ramai-ramai. Cukup hantar atlit, jurulatih, pegawai pemakanan (mungkin) dan pegawai fisioterapi. Yang lain-lain tak perlulah pergi. Buat menghabiskan duit yang patut digunakan untuk menambah pengalaman atlit, dan mencungkil bakat-bakat muda.

4. Mencungkil bakat-bakat muda? Setakat mana dilakukan? Kita ada Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) yang mana ada pertandingan peringkat kebangsaan setiap tahun, ada Majlis Sukan Universiti (atau seangkatan - serius aku tak ingat nama) yang turut bertanding hampir setiap tahun, Sukan Malaysia (setiap 2 tahun) dan lain-lain sukan lagi. Setakat mana bakat dicungkil di setiap pertandingan sukan ini? Salah satu faktor diadakan MSSM dan Sukan Malaysia adalah untuk mencungkil bakat-bakat muda supaya dapat mewakili negara dalam kejohanan antarabangsa, tapi setakat mana ianya dilakukan? Selain dari bolasepak, yang lain kurang. Lihat sahaja badminton. Sejak adik-beradik Sidek dan pasukan Piala Thomas 1992 menggantungkan raket, berapa ramai atlit badminton yang korang kenal? Aku cuma ingat Hafiz Hashim pastu Lee Chong Wei. Beregu pun tak ramai yang menyerlah lepas Cheah Soon Kitt dan pasangan Yap Kim Hock bersara. Yang aku kenal lepas tu cuma pasangan beregu sekarang Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong. Itu pun berapa lama lagi mereka dapat main? Di mana silapnya terhadap proses pencungkilan bakat dalam sukan badminton dan lain-lain? Nak cakap tiada pertandingan tiap-tiap tahun ada. Tengok sahaja sepak takraw, dulu kita lah jaguh, namun sekarang hanya ikut belakang Thailand dan Indonesia. Jangan sampai kita yang tercorot dalam Asean sudahlah.

Banyak lagi yang boleh dilakukan. Cuma nak tak nak je. Tapi satu je la nak ulang. Kepada media, kalau atlit dapat pingat atau menang kejohanan pujian melangit diberikan. Tapi kalau tak dapat pingat kutukan sehingga ke kerak bumi dilontarkan. Jangan lah begitu. Bukan mereka saja-saja nak kalah. Kepada rakyat Malaysia, teruskan menyokong atlit negara yang berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia.

No comments: