Penyelesaian masalah : VMware ESXi 5.1 - "No data available" di dalam tab "Performance"

Hos pelayan VMware ESXi memaparkan "No Data Available" di dalam graf-graf yang terdapat di dalam tab "Performance". Bagaimana untuk menyelesaikan permasalahan ini?
1. Paparan "No Data Available" adalah disebabkan oleh proses ejen VMware yang dikenali sebagai vxpa tidak berjalan dengan baik. Hal ini kerana anda tetap boleh melihat paparan lain di dalam hos pelayan tersebut tetapi hanya tidak dapat melihat data yang ada di dalam hos pelayan VMware ESXi.
2. Di dalam VMware vSphere Client, klik pada hos pelayan yang bermasalah. Kemudian pergi ke tab "Configuration" dan klik pada "Security Profile".
3. Di dalam "Security Profile" anda dapat melihat bahagian "Services" dan "Firewall". Klik pada "Properties" dalam bahagian "Services".
4. Satu tetingkap "Services Properties" akan dipaparkan. Klik pada vxpa dan klik "Options".
5. Satu tetingkap "vxpa (vxpa) Options" akan dipaparkan. Pastikan ruangan "Startup Policy" dipilih "Start and stop with host". Kemudian tekan butang "Restart" yang terdapat pada ruangan "Service Commands".
6. Semasa vxpa di dalam proses mula kembali (restart), vSphere Client akan memaparkan tetingkap ralat yang menyatakan "Cannot connect to host" atau seangkatan dengannya. Abaikan mesej ralat tersebut. Hal ini merupakan perkara biasa kerana anda sedang memulakan kembali vxpa tersebut.
7. Setelah proses mula kembali selesai dan vxpa telah hidup dengan baik, klik pada tab "Performance". Paparan "No Data Available" kemungkinan akan tetap dipaparkan kerana secara asasnya tab "Performance" akan mengambil data untuk 1 hari. Di dalam "Time Range" pilih "Realtime". Anda akan dapat melihat graf akan dipaparkan dengan baik. Insya-Allah.

No comments: