Azan

Tatkala senja menjelang, dan kekalutan siang hari sudah mula reda dan azan pula berkumandang menandakan Maghrib menjelang, kurasakan bahawa itulah nada terindah di alam semesta. Bersahut-sahutan azan berkumandang di udara. Tidak terjangkau rasanya bila satu masa nanti azan akan hilang dari dunia sebelum tibanya tanda-tanda besar Kiamat.

Apabila azan berkumandang, terasa diri terpanggil untuk menghadap Ilahi. Semoga ibadat kita diterima demi mendapat tempat yang kekal abadi di Syurga nanti.

No comments: