Sorry folks, today post will be mostly in BM. ;)
Sekarang nih dah dekat nak Merdeka dan dah makin ramai orang kibarkan Jalur Gemilang kat merata-rata. Kat rumah, kat keta, kat pejabat. Merata-rata tempat ada Jalur Gemilang. Tapi aku still tak letak pun Jalur Gemilang kat keta aku. Bukan sebab tak patriotik pun cuma nape ntah. Kemalasan tahap cipan. Lagipun sebab aku tau kibarkan Jalur Gemilang bukan satu-satunya cara untuk melambangkan semangat patriotik yang ada dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia. Aku rasa, kalau lah Pak Lah pun datang jumpa aku untuk aku kibarkan Jalur Gemilang, tetap aku takkan kibarkan. Sebab Jalur Gemilang sentiasa berkibar dalam diri aku. So, wat pe aku nak kibar secara fizikal. Tul tak?
Lagipun wat pe aku nak kayakan tokey2 yg dah kaya tuh. Lagipun duit aku spend utk perbelanjaan keluarga. Tak de pun wat utk menda2 tak berfaedah. Kadang-kadang aku tengok orang yg kibarkan bendera nih pun bukannya patriotik sgt. Bendera terkibar kat kenderaan masing2 tapi masih lagi langgar undang-undang (langgar lampu isyarat, potong waktu double lane, pastu tak hormat orang waktu kat atas jalan). Patriotik ke namanya? Kibarkan bendera kat kediaman atau ofis masing2 tapi masih lagi buang sampah dari jendela kediaman masing2. Adakah patriotik namanya? Punyalah datang utk tengok perbarisan waktu hari kemerdekaan tapi lepas tu buang sampah merata-rata. Patriotik ke namanya? Semangat patriotik bererti kita sayangkan negara kita. Apabila kita sayangkan negara kita, kita sayangkan apa sahaja menda yang ada dlm negara kita nih.
Mari kita tengok contoh mat-mat rempit. Tiap2 hari merdeka, diaorg nih lah yg kibarkan Jalur Gemilang dengan gah sekali. Tepat 12 tengah malam 31 Ogos, diaorg bawak motor diaorg dan hon di sepanjang jalan. Bodoh nye mat rempit. Time tu orang nak tido ke, atau nak concentrate nak wat keja ke tak leh. Mengganggu orang tul. Tuh patriotik ke namanya? Kalau aku ler, tu bukan patriotik. Tuh nak menunjuk diri sebagai patriotik. Kalau kita rasa diri kita patriotik, kita takkan tunjuk kat orang. Kita akan berusaha untuk menjadikan negara kita tetap bebas dan merdeka. Kita akan kejar ilmu untuk memajukan negara kita. Apa yg mat-mat rempit buat? Berlumba atas jalan raya. Pastu mampus kena langgar nyusahkan orang je. Nyusahkan orang nak kuarkan dari tersepit bawah lori. Nyusahkan doktor-doktor untuk jahit balik. Nyusahkan mak bapak (penat mak bapak kuar duit utk bayar pengajian, last2 mati katak sebab berlumba).
So, apakah perlu kita kibarkan Jalur Gemilang? Mungkin perlu mungkin tidak. Depends la. Walaupun aku tak kibarkan Jalur Gemilang, aku cintakan bumi Malaysia yang bertuah ini. Kat sini lah tempat aku lahir, tempat aku belajar dan tempat aku mencari rezeki. Aku sayang sangat Malaysia. Sebab tu ler bila ada mat2 rempit berlumba2 atas jalan, aku rasa cam nak tembak je sekor2. Bila ada orang membalak secara haram je, aku rasa nak campak je orang-orang besar syarikat tuh dari atas Gunung Kinabalu. Bila ada orang buang sisa2 toksik merata-rata, aku rasa cam nak rendam je diaorg dalam loji nuklear.
Anyway, pada yang kibarkan Jalur Gemilang, teruskan lah kibaran bendera Malaysia yang tercinta. Mungkin korang lagi patriotik dari aku. Pada yang tak kibarkan Jalur Gemilang, tak semestinya korang nih tak patriotik.
So, lagi seminggu lebih sebelum merdeka. Anyway, selamat menyambut hari kemerdekaan Malaya ke 50. Dan bulan 9 nanti kita akan menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke 44.
No comments:
Post a Comment