Marah Giler

* Baru je nak start tulis blog dengar Danial nangis. Masuk bilik tgk mama dia tengah bagi minum susu..so, kuar balik tulih blog. ;)

Tadi pegi shopping kat Tesco sorang-sorang. Bukan shopping apa pun, cuma nak beli barang dapur yg dah kehabisan almaklumlah dah lama tak masak. Sampai bahagian kicap & sos, ada sorg nih block jalan. Dah ler sblh kanan tu ada promoter promote menda ntah. So, akak nih pun letak ler troli dia betul2 belah kaunter promoter. Sempit giler la kalau satu troli lagi nak masuk. Nak dijadikan citer, kat depan sikit ada troli tak bertuan. Apa-apa pun, aku dah tak boleh lalu.

So, dengan baik hatinya aku cakap ler "Excuse me". 3-4 kali aku cakap ko tak nak ubah sikit troli, so, rasa sakit hati melanda ler. Dah ler sebelum tuh nak masuk parking Tesco haram jadah susah nak mampus. Berderet-deret keta. Panas dah hati pakcik time tuh. Bila jadik cam ni lagi panas ler pakcik. Dengan selamba aku pun melanggar ler troli akak tuh. Terlompat dia. Ye lah, aku dah mintak lalu 3-4 kali. Kuat pulak tuh aku mintak permission. Tak nak alih alamatnya kena maki atau kena langgar. Akak tu kena dengan aku dua2 sekali.

Aku rasa promoter tuh pun terkejut beruk kot. Aku wat tak pedulik. Aku nak cepat. Aku pedulik hape. Pas-pas tuh sekali aku ckp nak lalu, org bagi laluan. Hahahaha..Gangster kah aku?

Pas beli minyak masak, telur, cili boh, bawang putih, 2 zip coklat, kicap, sos cili, sos thai dan 2 pek air coklat, terasa la lapar. Risau nanti wife aku lapar, so, aku pun pegi ler nak beli Waffle kat satu kedai tuh. Ada 4 orang akak yg keja kat situ. Yang menyakitkan hati aku, aku dok tunggu 2 minit depan kaunter tak de orang nak layan. Wat kurang ajar karang, kecoh satu level tu lak. So, aku pun dengan sabar tunggu. Boleh tuh diaorg tengok aku pastu buat bolayan. Aku sakit hati jerit aa, "Woi kak, dah tutup ke nih? Tak nak customer ke?". Pastu baru ler sorg datang tanya aku nak hape. Aku tau la aku order tak mahal, tapi kan at least layan aa..Aku bukannya baru datang. Hampir tiap2 kali pegi Tesco aku pegi kedai tu beli Waffle. Selalu beli at least 2. Kalau lapar sgt beli 3 @ 4. Ye lah, makan pun berdua, so sikit ler. Kalau Danial dgn adik-adik dia besar esok2, tu lain ler citer.

Dalam perjalanan balik, ada keta malaun tak reti bagi signal. Pak cik hangin, pak cik pun hon ler panjang. Siap bagi lampu tinggi lagi. Hahaha..Sib baik tak jadik cam ari tuh, keta tu masuk lane tak bagi signal. Bukan setakat hon aku bagi, aku pasang lampu tinggi sampai keta tu blah. Muahahaha..

Kesimpulan dia, jangan carik pasal dengan aku waktu aku tengah busy @ nak cepat. Memang kemarahan aku mendadak la naik. So, sape2 rasa nak tengok aku sepak pintu sampai pecah or nak kena maki dengan aku, sila-silakan la. Muahahahaha...

No comments: