Cuti

Awal-awal pagi Rabu, pengasuh Danial call cakap dia kena balik kampung pagi tuh jugak. Aduih..aku dgn wife aku dah bersiap utk ke ofis dah. Pastu cancel ler. So, pikir-pikir nak wat cam ne..Aku call anak buah aku ckp aku tak pegi ofis. So, aku mintak tolong diaorg concentrate install cluster sambil aku dok baca mailing list cara nak solvekan problem kitaorg yg dah masuk seminggu usianya tapi tak solve-solve lagi. Diskus-diskus dgn wife aku, kitaorg decide nak pegi makan kat Suri.

First time bawak Danial kat Suri terus brader kat situ dok galak usik-usik dia. Agaknya tak de org penah bawak baby kot pegi bfast kat situ. Ah..lantak ler..Waktu dah sampai sana baru teringat stroller kat umah. So, kena dukung ler si budak kecik tuh. Masa mama dia tengah makan, abah dia ni ler yg dok dukung. Even bila dah abih dan nak bayar pun abah dia dukung. Mama dia tak larat pastu si kecik nih cam suka lak aku yg dukung dia.

Hari Rabu tuh kitaorg dok basuh baju yg bertimbun. Aku kuar dua kali lagi pas tuh. Beli lunch dgn dinner.

Hari Khamis aku ada meeting. Pagi just beli kat bawah ni je. Nasi lemak yg tak best. Tapi makan gak ler sebab dah lapar. Amik anak buah aku kat ofis jap, pastu terus pecut ke bangunan admin atas bukit. Meeting kat sana. Masuk-masuk je tengok tak de sorg. Tanya bro Mat Noor dia cakap tak de sorang pun lagi. Dengar citer bos dgn big bos ada meeting dgn somebody dari some organization. Sorry aa guys, tak leh citer lagi. Nanti website dah up dgn citer dah confirm aku bagitau ler satu Malaya. Sekarang still peringkat diskusi.

Meeting berlarutan sampai 12.45 p.m. Aku jenis tak kisah dah meeting lama-lama cam nih. Memang dah expect. Meeting paling lama penah aku attend dari kul 9 smpi kul 2 ptg. Ada sekali pegi on-site training tak stop pun for lunch. Direct smpi kul 4. Sib baik pagi dah makan berat-berat. So, jgn ingat keja kat gov senang. Cuma tu ler, bila kitaorg mintak naik gaji, ramai le ckp "Ala, setakat keja goyang kaki wat pe nak mintak banyak-banyak". Ketahui ler org-org Malaysia sekalian bahawa aku pegi site dgn keta sendirik, klu outstation (lebih dari 25km dari stesen) baru leh claim. Tuh pun kadang-kadang let go je. Kalau datang keja hujung minggu mmg tak penah claim pun. Anyway, pegawai kerajaan tak leh claim OT tapi dpt cuti pampasan. Itu pun ada kelainan dari satu department dgn department lain.

Pas meeting beli lauk kat Awet Muda. Lauk banyak dah abih sbb kuar lewat. So, tapau ayam masak kicap (kot) dgn kacang bendi sket dgn sambal belacan (3 senduk - ahaks!). Nasi masak sendirik kat umah.

Hari Jumaat je mengong sket. Mungkin sbb aku rasa cam bosan dok kat umah, aku terus mop satu lantai umah. Petang kuar makan kat Qbay pegi Sushi King. Sempat gak tangkap gambar Danial satu dua gambar. Dia seronok tengok sushi gerak atas kaiten belt. Melilau tengok kiri kanan. Sambil-sambil tengok, mama dia suapkan sket nasi. Makan la lak kalau nasi sushi tu. Bila bagi bubur ari tuh tak makan dia.


Tengok, galak sungguh si kecik ni kat Sushi


Pastu pegi carik mainan sket utk Danial kat Toys R Us. Sambil tuh survey-survey helikopter yg aku ngidam nak beli. Ish, bila ler gamaknya aku dapat beli helikopter tuh. Jumpa mainan yg Danial boleh gigit-gigit. Hajat nak beli sebab ketam yg kitaorg beli utk Danial kat Tesco cam tak sesuai je utk dia gigit. Kadang-kadang nangis anak sulung aku tuh pas dia gigit ketam tu. So, beli satu dari Fisher Price dgn satu lagi dari Jolly Baby. Tengok ler kalau aku ada mood esok-esok aku tangkap gambar mainan tu.

2 comments:

BPS said...

Yeay I am the first to post comment.

Daniel ada iras2 Rzmie.

Afrezal Karim said...

a'a muka turun ayah dia gak.. dah besar anak ko kejap jer.. masa berlalu :)