Artikel ni untuk aku rujuk di kala susah. ^_^
Untuk memasang Samba, cuma pasang menggunakan pakej yang telah disertakan bersama-sama Linux Distro. Kalau katakan versi dah lama, sila kemaskini (update) versi terkini menggunakan arahan/cara yang digunakan bersama distro tersebut. Contoh, yum-updates dan lain-lain.
Langkah-langkah agar pengguna dapat memasuki direktori peribadi yang ada di dalam pelayan Linux menggunakan protokol Netbios adalah seperti berikut :
1. Ubah fail smb.conf (lokasi biasanya /etc/samba/smb.conf atau /etc/smb.conf atau /etc/sysconfig/smb.conf bergantung pada distro yang anda gunakan).
2. Pada Global Settings, buangkan tanda komen untuk workgroup dan hosts allow.
workgroup = your_local_workgroup
hosts allow = 127. your.local.ip.address
3. Dalam bahagian Share Definitions, buang tanda komen atau tambahkan skema [homes].
[homes]
comment = Home Directories
path = /home/%S
browseable = yes
writeable = yes
valid users = %S
4. Simpan smb.conf dan hidupkan kembali (restart) daemon samba.
$ /etc/init.d/smb restart
5. Tambahkan pengguna baru
$ smbpasswd -a nama_user_baru
New SMB password:
Retype new SMB password:
Added user nama_user_baru.
6. Sambungkan kepada pelayan tersebut sama ada menggunakan localhost atau pelanggan yang berlainan. Jika menggunakan localhost gunakan
$ smbclient -L localhost -Unama_user_baru
passwd : masukkan_passwd_di_sini
7. Status yang ditunjukkan bermakna samba telah siap dikonfigurasi.
No comments:
Post a Comment