Program + Statistik

Setelah penat bermeeting semalam + berbincang + mengeplan segala macam menda, ari nih aku ingatkan nak clear another stack of backlogged. Mula-mula tuh mmg asyik ler masuk data, pastu aku teringat pasal sorang staf nih tak leh view list anak-anak buah dia dlm sistem aku. Aku pun pelik ler, apa ke halnya tak leh view. So decide nak trace ikut data. Hahaha..tak success.

*Isk..tiap kali aku tulis blog mesti ada menda kacau..tension laa..skrg nih seekor nyamuk yg kelaparan tengah terbang2..nak carik port hinggap la tuh..aduih

Aku pun bukak ler sharing folder + frontpage (editor web aku) dan start tracing guna program. Aku nyer method tracing tak gempak pun. Aku letak statement sebelum dan selepas setiap function + print output je. Ingatkan function wat hal. Tengok2 tak. Rupa-rupanya betul program. Sebab sebelum nih aku pemalas. Malas nak tambah lagi if/else statement dlm program ku yg penuh dgn if/else tuh. So, aku pun decide just wat SQL statement yg leh cater semua. Contoh cam ni ler. Ada staf yg ada no pasport dan no ic. Ada yg ada no pasport je. Ada yg ada no ic je. Tapi aku pemalas, aku letak ler SQL statement yg nak retrieve data based on no pasport @ no ic (nih contoh je..aku tak leh citer menda yg sebenar aku buat..engine tuh sensitif.. :P ). Tengok-tengok SQL tu output dia tak tepat. Nak tak nak kena gak tambah if/else statement. Pastu boleh jalan. Lega.

Pastu belek2 page-page lain. Ternampak komen2 aku yg nak tambah statistik lain. Sebelum aku tambah tuh just ada 4 statistik je dlm tuh. Mula-mula nak tambah 2 je lagi. Alih-alih, syok wat program aku tambah 4. Giler. Aku tak try langsung run tiap kali aku tambah statistik baru. Aku terus je coding sampai empat2 siap. Pastu try run page tu. Error. Tapi sebab aku terus ubah kat production server maka error tuh tak nampak ler. Try jadik hero dan trace line by line. Mata berpinar sebelum sempat jejak line ke 100. Damn. Cam ne nih.

Aku teringat yg aku penah setup environment kat laptop sebijik sama cam environment dlm server (although laptop pakai XP while server pakai 2003). Aku pun copy je la satu site dan dump dlm laptop. DB mmg dah ada dlm laptop. So, ubah dua tiga line bagi suit sama itu laptop dan aku execute lagi sekali page tuh. Error dia sebenarnya ciput je, aku wat declaration variable tak abih. Punya la penat aku carik. Pastu satu lagi error mismatch type. Itu simple je. Sebab tuh mmg salah aku. Guna variable char utk simpan integer dan vice versa. So, confuse jap ler 'mamat' tuh tak tau nak convert cam ne (kan aku penah ckp komputer kan bodo).

So, ari nih dgn proud nye aku blh ckp 2 jam 30 minit aku wat program tuh, aku siapkan satu sub modul yg dah lama aku nak wat tapi tertangguh2. Pastu aku betulkan formula yg cam ne ntah leh display negatif number (walhal dlm kes tu tak de negatif) + aku added another sekuriti/checking layer pada program aku tuh. Esok klu produktif cam pagi nih lagi, aku nak add another sekuriti layer pada program tuh. Plus tambah 1 user layer lagi. Reason aku nak scrap satu lagi sistem yg guna db sama dan proses menda yg sama. Nak integrate function2 yg ada dlm sistem tu ke sistem nih. Harap-harap sempat le wat sebelum minggu depan.

Oh, aku akan bagi talk 15 Mei nih. Hehehe..

Itu je pasal keja yg aku boleh bagitau. Memang ler korang tak faham apa yg aku tulis (sebab korg tak tengok satu sistem).

No comments: