Akhirnya persoalan tentang SBPA telah terjawab. Pekeliling telah dikeluarkan. Cuma aku rasa terkilan kerana sifir gaji atau tangga gaji tidak dipaparkan di dalam pekeliling tersebut. Tapi sebab carian Google yang power, maka dapat jugak aku cari tangga gaji tersebut. Sila rujuk di sini.
Aku tak nak komen tentang skim lain dulu melainkan F1. Nanti bila aku dah stadi pasal skim lain, aku akan komen.
Skim F dengan secara rasminya telah ditukarkan nama dari Sistem Maklumat kepada Teknologi Maklumat. Perkara ini telah diterima pakai sejak 2-3 tahun lepas semenjak jawatan Pegawai Sistem Maklumat dan Penolong Pegawai Sistem Maklumat ditukarkan kepada Pegawai Teknologi Maklumat dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. Hasil dari pertukaran nama skim ini, tangga gaji PPTM telah dinaikkan pada pengeluaran pekeliling tersebut.
Designasi jawatan telah ditukarkan dari F41 sehingga ke F54 kepada F1-1 hingga F1-6. Perhatikan ada 6 lapis jawatan telah diwujudkan pada sesi ini. Namun dalam perjawatan SSM hanya ada 5 jawatan sahaja iaitu F41, F44, F48, F52 dan F54. Hal ini bermakna JPA telah mewujudkan satu lagi 'jawatan' baru iaitu F46. Hal ini adalah kerana F41 akan dibawa kepada F1-1, F44 kepada F1-2, F48 kepada F1-4, F52 kepada F1-5 dan F54 kepada F1-6. Adakah ini bermakna peluang kenaikan pangkat menjadi lebih cerah selepas ini? Persoalan ini perlu kepada faktor tunggu dan lihat.
Gred gaji
Gred gaji telah pun berubah. Syukur alhamdulillah, gred gaji F1-1 T1 telah pun ditambah berbanding SSM. Namun menjadi ralat kepada kami yang telah bekerja selama 7 tahun yang masih di tangga P1T7, tangga gaji kami equivalent dengan orang yang 4 tahun bekerja dalam SBPA. Hal ini menjadi sedikit ralat kepada kami yang telah berkhidmat selama ini. Namun kenaikan tahunan sedikit lega kerana setiap selang tangga gaji perbezaan adalah sebanyak RM220++ berbanding SSM iaitu sebanyak RM100++. Ini bermakna kenaikan sebanyak 120% berbanding skim lama. Namun apa-apa pun aku lega la sedikit kerana pada awal tahun 2012, kenaikan gaji adalah RM160 dan diikuti dengan RM220++ pada kenaikan seterusnya. Alhamdulillah.
Diharapkan dengan adanya perjawatan baru dalam skim F1 maka peluang kemajuan kerjaya dalam skim F1 ini akan bertambah. Semoga dengan skim baru semua akan jadi lebih bersemangat untuk bekerja.