Student baru

Macam biasa macam tahun2 lepas, student baru datang lagi. Tahun ni makin kurang dari tahun sebelumnya. Berapa banyak kurang, aku tak leh bagitau since kuantiti mungkin berubah dari masa ke masa.

So, Sabtu dan Ahad macam biasa aku akan pegi keja. Untuk 'menyambut' kedatangan student-student baru nih.

Anyway, to those new students, welcome to the university. Hope you made a right choice to be here. :P

Aku tak tau kenapa sekarang nih aku makin de-motivated untuk buat keja. Selalu tak de mood je. Tapi aku usahakan jugak buat keja dgn jayanya. Walaupun tak de mood, tapi at least minggu nih banyak gak keja aku setel. Aku target nak betulkan beberapa menda dlm kod-kod aku, nampaknya berjaya disiapkan. Cuma aku tak tau la program baru yg aku nak wat nih aku boleh siap ke tak utk merging data Ahad nih. Rasa cam tak boleh je unless la aku wat giler dengan concentrate dpn pc memanjang. Tapi tak tentu gak sebab aku dah draft most of the program function somewhere in my brain. Note to self : need to write it on paper (my idea)

lw_rar, aku cadang-cadang je utk wat gathering. memang aku penah bincang dgn dilla. Tapi sekadar cadangan je lah. Tak sempat aku nak melaksanakannya. Sebab sekarang nih aku tengah concentrate kat beberapa perkara. Tengok la klu perkara-perkara tu selesai dlm bulan 8 nih, aku try la tgk kat mana tempat boleh wat gathering. Kalau tak gathering besar, kecik2 pun jadik la.

Danial dah dekat nak masuk setahun. 30/6 nih birthday dia. Dia pun dah makin pandai berdiri (tapi kena pegang orang). Dok memanjat pun dah makin pandai. Tapi jatuh gak. Tu adat la. Adat budak baru nak belajar.

Sebut pasal jatuh nih, klu ada orang nak main saham zaman skrg nih, better tak yah aa. Invest dalam emas. Sebab emas confirm naik harga. Aku pun skrg nih nak carik duit nak beli emas. Tapi better klu korang beli emas dlm bentuk coins atau bar. Senang sket. Nilai pun besar gak. Kalau tak mampu beli silver dlm bentuk coins atau bar.

Aku sekarang nih asyik dok delete akaun game online je. Sekarang nih aku cuma ada 2 je akaun game online. 1 kat runescape, dan 1 lagi kat Star Wars Combine. 1 je yg betul2 aktif. Guess which one?

Cam banyak je aku tulis. So, selamat datang ke universiti ini kepada student-student baru. Banyak cabaran akan menanti anda di sini (cabaran ke?)

Ja, matta ne!

1 comment:

azfnd said...

wei... apahal buat gathering tak ajak aku nih? dgr cerita danial bakal dpt adik ek? tahniah....