Cerita Raya - final part

Khamis dgn Jumaat (2-3/10/2008) - Aku dok melepak je kat umah. Sambil adik-adik aku dok melayan Danial. Since Danial dah aktif bergerak, abih segala pelusuk dapur dia masuk. Ari Jumaat tuh buat first time aku tumbuk sambal belacan kat umah (kat Penang dah selalu). Sib baik best cuma tak berapa pedas. Dan aku mengisi masa dgn membunuh alien-alien dan tido (itu pun pas dua2 budak kecik tuh tido).

Sabtu (4/10/2008) - Hari aku gerak ke Sungai Buloh. Sebelum tuh singgah umah ayah sir sbb dia wat umah terbuka. Sampai sana rasa cam nak demam. Apa taknya, memang panas sungguh time tuh. Dengan aku kurang minum air sepanjang 1 jam perjalanan sebab jalan yang dilalui sedang dalam pembinaan. Bila bertolak ke Selangor memang sungguh aku demam dan pening. Aduih. Tapi gagah gak bawak keta sambil berenti kat setiap kawasan rehat sepanjang lebuhraya pantai timur. Tempat tak berenti cuma Genting Sempah dan kawasan rehat tepi hutan lipur tu. Yang lain semua berenti sebab aku nak merehatkan diri. Sampai umah mak aku telan panadol (yang beli kat stesen minyak). Pastu aku kong sampai la ke pukul 9.

Ahad(5/10/2008) - Memang Tuhan nak menguji aku. Semalam pening. Ari nih sakit perut lak. Tapi tak macam smlm aku cuma stop kat Tapah dan Sungai Perak je. Bawak maintain 110-130. Bertolak kul 10 lebih dekat kul 11. Sampai umah dalam kul 3 lebih. Itu pun sbb jem atas bridge dgn kat tol + ujan kat atas highway + berenti lama kat Tapah.

Anyway, esoknya aku cuti. So at least dapat merehatkan diri. So tamat lah kisah raya aku untuk tahun nih.

No comments: