Cerita Raya - part 1

Sebelum aku bukak citer raya, aku rasa sempat lagi aku wish Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Aku mohon maaf atas segala silap dan salah aku selama nih kat korang. Call yang tak berjawab, sms yang tak berbalas, email yang tiada respon, harap dimaafkan.

Sebab aku lama tak update blog maka aku dengan ini nak menulis serba sedikit la.

Aku start cuti Jumaat, tapi terpaksa diawalkan sebab Danial sakit. Dok cirit birit. So, hari Khamis datang gak ofis dengan bawak Danial sekali. Tapi datang kejap je sebab Danial tak mandi lagi. Dok rimas dia tak mandi. Biasa la, kalau dok kat umah, senang la dia makan sambil main. Dan sambil aku akses laptop. Petang dia dah tido tapi kena kejut gak kul 5.30 sebab nak amik Irfan yang ada kat umah pengasuh.

Jumaat aku dok lepak-lepak. Danial dgn si adik dah antar kat taska dgn umah pengasuh siap-siap. Dok lepak-lepak sebab pagi Sabtu tu kena drive. Tapi tak lepak gak Jumaat tuh sebab aku kena setelkan urusan berkaitan duit raya dan pembayaran hutang disebabkan waktu dapat gaji tuh aku dok busy memanjang. Hehehe..Budget duit raya tahun nih banyak, tapi bila tgh wat budget tuh berdoa sakan supaya ada la extra 100-200 dari budget duit raya tuh. Ingat nak bertolak pagi Sabtu tapi tak boleh sbb aku tak cukup tido mlm tuh. Danial cirit-birit tak ilang lagi sambil batuk. So, dok berjaga dgn dia lagi lama dari tido. Kul 4.30 pagi aku kuar pegi Pelita beli nasi lemak untuk sahur. Aku ingat aku awal dah rupa-rupanya ada lagi manusia lagi awal. Aduih. Jenuh la beratur. Balik tuh sahur ler.

Pagi Sabtu tuh dah tak larat nak drive. Dengan tido tak cukup memang tak berani ler pakcik nak bawak keta. Maka, decide ler lepas mandi budak-budak nih waktu petang baru balik. So, pas budak-budak dah siap mandi pagi dgn makan, aku dok tido. Tapi tak lena sangat pun since kena bawak masuk Danial dalam bilik. Tapi drive petang tuh memang lancar sbb Danial dgn Irfan memang baik (diaorg tido sepanjang perjalanan) dari Penang sampai ke KL walaupun kena stop kat Juru sebab nak check Danial dulu. Bertolak dalam kul 4 lebih sampai dalam kul 9 lebih kurang. Itu pun sebab aku bawak slow pas kuar highway. Ada satu jalan tuh gelap sangat. Tak berani aku nak bawak laju.

Ahad petang jalan balik ke Pahang lak. Irfan je nangis kejap, Danial baik gak sepanjang jalan. Tapi kuar awal sebab aku nak lepas highway KL - Karak dalam keadaan terang benderang. Siapa yang pernah lalu highway KL - Karak nih tau ler sebab apa. Walaupun lorong 3 tapi speed limitnya tetap 90. Ada reason. Kereta terbabas kat Karak tuh dah banyak dah. Memang dapat lepas Karak waktu matahari masih di langit. Buka pose dengan Burger King yang diorder dari drive thru. Giler aku order. Menda tak penah makan kat Burger King, so, order memang lintang pukang ler. Buka pose dengan air gas dari Burger King je dulu sebab waktu tuh Irfan bangun sat. Tapi wife aku yang baik hati, letak fries kat tepi. So, makan fries jap sementara wife aku tido kan Irfan. Oh, aku buka pose waktu tgh drive. Waktu tuh dekat nak sampai Maran dah. Lepas je Maran, Irfan tido balik. So, dapat ler aku makan burger untuk alas perut. Budget sampai umah kul 10 tapi terawal lak. 8 lebih sampai. Tapi tu ler, kat Jalan Kuantan - Pekan aku nyaris accident. Punca ada accident tepi jalan. Ada mamat mangkuk pasang highbeam yang menghala ke arah aku. Pastu aku tak perasan ada satu lagi keta Waja stop tengah-tengah jalan tengok accident sebab apa. Aku bawak time tuh 40 km/j. Itu pun break mengejut. Aku bagi punya la menyumpah seranah keta Waja tuh. Bongok sungguh. Dekat nak sampai umah, Irfan nangis. Danial cam biasa cool. Tapi Irfan lena balik pas tuh pas dah sampai umah. Maybe tak selesa agaknya sebab lama dok dalam keta. Lagipun aku tak berenti kat banyak tempat pun.

Memang penat ler pastu. Pas makan, dok lepak2 jap pastu tido. Danial pun tido awal ari tuh walaupun dia dah tido lama dalam keta.

Bersambung di part kedua.

No comments: