Boikot barangan Israel & US

Adakah hanya itu yang mampu kita lakukan? Kalau kita boikot sape yang akan terasa kesan secara langsung? Coca-Cola? Kimberly-Clark? McD? Dan kenapa tak dilist Intel? AMD? NVidia? Western Digital? HP? Takut nanti tak dapat beli teknologi diaorg?

Dalam blog lama ada aku kupaskan sikit, tapi sebab aku dah close blog tuh, so, tak payah carik la.

Kalau kita boikot barangan Israel & US kesan secara langsung akan terjadi pada pekerja-pekerja Malaysia tuan-tuan & puan-puan. Coca-Cola yang jual kat Malaysia buat kat mana? Tak pernah baca label kat tin@botol Coca-Cola tuh ke tuan-tuan & puan-puan? Macam mana pulak pekerja-pekerja Malaysia atau kalau kaum majoritinya Melayu kalau kita boikot McD dan KFC? Sure diaorang yg first-first kena buang. Dalam keadaan ekonomi meleset (ada yang tak sedar ekonomi meleset), pembuangan kerja oleh McD dan KFC dan kilang-kilang lain akan menyesakkan lagi ekonomi Malaysia yg dah sedia sesak nih. Kenapa tak boikot barangan United Kingdom? Britain merupakan negara yang menyokong kuat pembentukan negara yang bernama Israel selepas perang dunia ke 2. Sape yg paling banyak tanah jajahan di Asia Barat @ Timur Tengah @ Middle East pada zaman tersebut?

Kenapa kita menunding jari hanya kepada Israel? Kalaulah Hamas atau Fatah atau mana-mana kumpulan pembebasan Palestin tak serang Israel guna roket, Israel tak de alasan nak serang. Yea, memang benar rakyat Palestin ramai yg ditindas. Tapi ada kita ambik peduli sebelum Israel serang? Tak de tuan-tuan. Lepas Israel serang dan lepas keluar berita je kita rasa membuak-buak marah. Russia serang Georgia ada kita marah? Ada kita pegi kedutaan Russia dan minta Russia hentikan serangan ke atas Georgia? Tak de tuan-tuan. Apa beza rakyat Georgia dengan rakyat Palestin? Tak de beza tuan-tuan. Rakyat Georgia ada mata, telinga, mulut, hidung, tangan dan kaki. Semua manusia. Tak de alien pun kat Georgia, Palestin, Bosnia, Kosovo, Zimbabwe dan lain-lain negara di dunia ini. Tapi kenapa dapat treatment yg berbeza? Oh, sebab isu Palestin lebih publisiti.

Yea, memang sebelum ini negara tersebut banyak rakyat Palestin. Tapi Baitulmaqdis tempat yg bersejarah. Lahirnya agama Yahudi, Nasrani (Kristian) dan Islam di Baitulmaqdis. Adakah kita mengatakan hanya rakyat Palestin yg berhak tinggal di bumi bertuah tersebut? Apakah hak-hak penganut agama Kristian dan Yahudi? Adakah mereka tak berhak? Kalau kita kata ya, adalah sama dengan kita menyatakan bahawa kaum lain tak boleh tinggal di Mekah melainkan kaum Arab Quraisy sahaja yang boleh.

Penyelesaian harus dicari. Masalah konflik harus dikaji. Ketidakpuasan hati penduduk Palestin dan juga Israel haruslah dipertimbangkan supaya konflik tidak berterusan dan meragut lebih banyak nyawa lagi. Hamas perlu menghentikan serangan balas roket. Israel pun sama. Selain itu, konflik di tempat-tempat lain juga haruslah diselesaikan. Krisis politik di Zimbabwe, krisis kemanusiaan di Sudan, penaklukan China ke atas Tibet, krisis di Selatan Thai, di Acheh, dan lain-lain lagi harus diselesaikan secara berhemah. Apa guna kita tunjuk perasan, bakar bendera negara orang, memijak-mijak bendera negara orang lain sedangkan majoriti penduduknya tak bersalah. Fikir-fikirkan lah.

1 comment:

Anonymous said...

China memang terkenal kerana pencerobohannya ke atas Tibet dan kekejaman tenteranya. Malaysia mana pernah ambik pot. Malah berdagang dengan China lagi.

Apa kata rakyat seluruh dunia boikot barangan Malaysia supaya orang Malaysia sedar sket :p.