Dua-dua sakit

Dua-dua budak kecik tuh sakit. Start dengan Danial yang muntah-muntah banyak kali hari Ahad malam (7/2) lepas. Terasa fedup gak sebab hari Ahad dan Isnin tu Danial muntah dalam 6 kali. 12a.m sekali, 2 a.m sekali, 5a.m sekali, 8a.m sekali, 2p.m sekali dan 11p.m sekali. Nasib baik lah sekarang pakai tikar je. Tilam yang kena muntah sembur Febreeze je. Hari Isnin malam tuh decide Danial kena tido bilik lain. Tak larat nak tukar cadar. So, alas dengan comforter je. Mungkin sebab dah kerap muntah hari sblm tuh, Isnin dia muntah sket-sket je. Sebab kesian dia cam tak selera nak makan,maka pegi lah beli satay dengan nasi himpit untuk Danial. Selasa baru bawak pegi klinik sebab Isnin klinik panel cuti.

Hari Selasa mlm tuh pulak Irfan start sakit. Muntah banyak. Sekali dengan lendir-lendir keluar. Kesian gak kat budak kecik tuh. Esok paginya bawak pegi klinik panel. Dua hari berturut2 bwk anak-anak aku pegi klinik.

Start Ahad tu aku tido kejap2 je. Danial asyik nangis sebab tak selesa. Hari Selasa Irfan lak. Dr bagi ubat batuk yang cair kahak untuk dua2. Apa lagi, selesema la bebudak tuh. Lagi susah diaorag nak tido. Last kena buat, dua-dua pakai baju lengan panjang dan seluar panjang waktu nak tido. Waktu diaorg tido, sapu Vicks kat dada, belakang dan kedua-dua tapak kaki. Pastu sarung stoking dan selimut. Malam nih, kejap2 je diaorg batuk. Irfan je batuk kerap. Itu pun senyap dah lepas sapu Vicks.

Ok lah. Dah dekat 3 pagi.Nak tido.

No comments: