Anak-anakku

Mama : Irfan nampak bird tak?
Irfan : Bird *sebutan yang pelat sambil pandang keliling

Iklan TV3 sedang dimainkan.
Iklan : ..... TV Tiga..
Irfan : Gaaa...
Danial : Tegaaa..
Irfan & Danial : * gelak..gelak *
Mama & Abah : pandaiiii * sambil tepuk tangan

Dalam keta
Danial : Nakk * sambil tunjuk dan bising-bising
Mama : * keluarkan kotak simpan syiling
Danial : Nah * amik duit kertas dan pass kat mama
Mama : Terima kasih

Kat umah
Me : * tutup mata dgn tangan .. mata pedih *
Irfan : * ingat nak main dgn dia..angkat tangan abah dari tutup mata *
Me : Chakk
Irfan : * gelak..
Danial : * gelak sama..

Kat umah gak
Danial : * amik mainan pastu kacau Irfan
Irfan : * dalam mode nak kejar
Danial : * lari sampai bilik ujung..pusing dan gelak
Irfan : * gelak gak sambil merangkak-rangkak kejar

Kat umah gak
TV : * azan * Allahu akbar, Allahu akbar
Irfan : bar
Danial : akba
Mama & Abah : * eh, azan.

Kat umah mak abah aku
Danial : * masuk dapur sambil sebut * La ila ha il allah
Mak aku : * terkejut *
Aku : * pun terkejut *

Itu la gelagat anak-anak aku yg kian membesar. Danial giginya manis. Suka makan coklat. Irfan lak suka kacau abgnya nak-nak lagi bila abgnya tengah minum air @ susu. Dua-dua suka memanjat. Jatuh jangan cakap la. Kerap sangat. Tapi nak wat cam ne. Dah tegah still memanjat. Sekarang dok bawak pegi shopping lagi la. Danial dah minat dgn soft toys. So, basuh bear lama dan bagi kat dia. Merata diheretnya. Tadi bawak pegi sekolah lagi.

Ah well, tak lama lagi kena toilet train Danial. Sebabnya pampers dah tak nak pakai. Dah dua kali kencing merata kat umah. Mood aku ok, aku bawak balik masuk bilik air dan nasihat. Mood tak ok, kena marah budak tuh. :)

1 comment:

are_shie said...

hehe..comel...pandai lak main kejar2 dah yer...kejap jer dah besar kan kalau tgk budak2 ni..kita ni setahun dua sama jer...bukan membesar, mengkembangkan diri ader ler...kekekeke