If Danial can write, he must be writing about this
Hello semua. Nama saya Danial. Ari ni saya tak berapa sihat. Dah banyak hari saya tak sihat. Abah dengan mama bawak saya pegi klinik Syifa. Dr cakap yang saya akan tumbuh gigi banyak. Sebab saya tak sihat, saya tak cukup tido. Sian abah dengan mama saya kena jaga saya pagi-pagi. Ikut kata Dr juga sebab saya lapar. Saya pun rasa macam tu sebab bila abah @ mama saya suapkan roti/biskut/nestum malam-malam, saya tido dengan nyenyak je.
Minggu ni abah jarang duduk kat rumah. Hari Khamis, Sabtu dengan Ahad ari tu abah kena pegi ofis. Abah cakap abah kena buat keja untuk minggu ICT. Malam tadi abah tak tido buat keja. Pukul 5 pagi baru dia nak tido. Itu pun saya dah mula bangun pukul 5 pagi nak susu. Lapar.
Abah dengan mama saya belikan saya mainan baru. Mainan tu boleh bunyi-bunyi dengan ada lampu warna-warni. Saya suka sangat main. Hari ni sebab abah dah lewat nak pegi keja, saya tak dapat nak bawak mainan tu pegi umah Tok Yam. Balik tadi saya pun main puas-puas sampai lah saya lapar.
Abah pun belikan satu kereta Ferrari yang ada kat Shell. Pekerja kat stesen minyak tu mintak abah isi sampai 80 ringgit supaya abah boleh beli 2 buah kereta. Semalam mama mintak abah belikan lagi satu kereta Ferrari untuk saya. Ari tu dah hitam, mama mintak abah belikan warna merah pulak. Saya pun suka la sebab saya suka warna merah.
Hari Jumaat baru-baru ni rumah saya tak de air. Abah kena angkut air dari tingkat G. Mama pulak kena keluarkan semua baldi-baldi yang jarang pakai. Nasib baik sebelum tu bilik air dengan kolah dah cuci. Lama jugak tak de air. Hari Sabtu malam baru air muncul kat paip-paip kat umah saya.
Oklah. Saya tak tau nak cerita apa lagi. Lagipun saya dah ngantuk ni. Saya nak tido dulu.
Hehehe..That if Danial can write and type using the keyboard. Although I had to admit that he can't see all those technological stuff. He like ringtones from the handset, he like to see the monitor screen when I surf. He also like to hold the mouse when I use this laptop. Maybe because he like the light. Oh, and he also like pod racing from Star Wars I : The Phantom Menace. I discover it accidentally.
1 comment:
menariknya kisah danial.... =P
Post a Comment