Aku cuba melelapkan mata di malam yang sunyi ini tetapi tidak upaya. Segala pengalaman yang telah ku lalui semenjak 400 tahun yang lalu masih segar di ingatan. Keadaan Bumi sudah pun berubah. Beratus-ratus negara yang wujud sewaktu mudaku kini telah bergabung menjadi 6 blok negara iaitu Amerika Utara, Latin, Kesatuan Eropah, Gabungan Negara-negara Rusia, ASEAN dan Pakatan Negara-negara Arab.
Esok akan genap umurku di kitaran ini 60 tahun. Aku perlu mencari identiti dan tempat tinggal baru untuk memastikan bahawa tiada siapa yang tahu aku sudah pun berumur lebih dari 4 abad.
Segalanya bermula apabila di suatu hari sedang aku leka memerhatikan ikan-ikan bermain-main di dalam tasik, tiba-tiba hati ku terdetik untuk mengetahui keadaan di masa hadapan. Justeru aku memohon pada Tuhan agar dipanjangkan umur supaya aku dapat menjadi pemerhati naik turunnya ketamadunan manusia di Bumi.
Pemerhati, itulah statusku sehingga kini. Aku memerhati dan menulis. Merekodkan segala peristiwa yang berlaku di serata dunia. Untuk menyara hidupku, aku bekerja dalam pelbagai bidang semenjak 4 abad yang lalu. Pembina perisian, jurujual, penasihat pembesar-pembesar negara, pelabur dan pelbagai lagi. Kini aku menjadi pensyarah di sebuah universiti tersohor di Bumi. Pensyarah di dalam bidang sejarah peradaban dan ketamadunan manusia.
Notes : will be continued. this is a story that I already think about it for a while.
No comments:
Post a Comment