Itulah yang dapat dihuraikan tentang PRU12 yang berlangsung pada 8 Mac 2008. Walaupun sudah ramai penulis-penulis suratkhabar dan blog yang menghuraikan tentang kemenangan gabungan tidak rasmi DAP-PKR-PAS dalam menafikan 2/3 majoriti BN di Parlimen dan merampas 4 negeri sambil 1 negeri tetap di tangan Barisan Rakyat.
Tahniah kepada semua pemenang dan kepada yang kalah janganlah bersedih dan memporak perandakan keharmonian di Malaysia disebabkan kekalahan anda.
Aku tidak mahu mengulas perkara-perkara yang telah diulas oleh individu-individu lain. Kekalahan orang-orang kuat BN sudah dijangkakan apabila beberapa rakan aku (yang merupakan orang kuat BN) mengajak aku untuk berkempen bagi menjatuhkan beberapa tokoh besar BN di beberapa kawasan.
Dengan ketara kita boleh lihat bahawa orang-orang BN sendiri sudah jelak dengan salah guna kuasa yang berlaku di dalam BN. Namun tidak ramai yang mengulas kenapa Najib menang besar di Pekan? Selaku orang Pekan, mungkin orang Pekan telah kurang kemarahan terhadap Najib disebabkan sikap Najib yang 'prihatin' kepada penduduk-penduduk Pekan. Malah, kalau kita tengok berita, mesti sidang akhbar hujung minggu banyak akan diadakan di Pekan. Bangga sungguh aku bila aku sebut "Dari Pekan" orang dah tahu mana letaknya. Kalau dulu "Eh, kat mana Pekan ek?". Teruk jugak nak explain di mana Pekan sebab aku pun teruk gak dari sudut Geografinya.
Aku rasa BN kalah disebabkan oleh faktor-faktor berikut :
1. Samy Vellu. KJ. Patrick Lim.
2. Harga minyak dan barang naik.
3. Isu AP yang diberi kepada suku sakat dan kroni terdekat.
4. Isu keangkuhan beberapa pemimpin negara dalam menyuarakan sesuatu isu tanpa mengambil kira sensitiviti sesuatu kaum. Face it. Bangsa Malaysia is still in the making and we have a llllloooonnnngggg way to go.
5. Ramai rakyat jelak dengan iklan "Vote For Malaysia. Vote for Barisan Nasional". Tolong la. Malaysia != BN. BN adalah subset di dalam Malaysia seperti DAP, PKR dan PAS. Tidak ada parti politik yang boleh menyatakan Malaysia = us. Yang boleh claim Malaysia = us adalah suara 27 juta rakyat Malaysia sahaja.
6. Dr Koh Tsu Koon yang teragak-agak untuk menamakan penggantinya.
7. Ramai pembesar-pembesar yang menyapu kekayaan negara untuk anak beranak mereka.
8. Pembesar-pembesar yang menyatakan "Tukar cara hidup anda" bila harga-harga barang naik walhal mereka menghabiskan duit negara dengan menaiki jet-jet eksekutif yang duit minyaknya ditanggung kita.
9. The rise of Patrick Lim (betul ke?) and KJ and others yang digelar Kabinet Dapur. Wahai semua menteri-menteri kabinet. Tahukah apa itu OSA? Jika seseorang mendedahkan sesuatu isu yang diletakkan di dalam OSA maka, hukuman berat dan tindakan tatatertib boleh dijatuhkan kepada individu tersebut.
10. Rakyat pakai Perodua & Proton, pembesar-pembesar pakai BMW, Mercedes, Ferrari dan kereta-kereta mewah lain. Adil ke?
11. Jurang ketara antara miskin dan kaya.
12. Keterukan individu yang tergolong di dalam kelas pertengahan dalam mengharungi hidup. Gaji RM4000 asyik habis je tiap-tiap bulan.
13. Pembesar-pembesar yang meletakkan anak beranak diaorg dalam politik. Pak Lah letak KJ(menantu). Ong Ka Ting letak Ong Ka Chuan (adik). Chua Soi Lek letak anak dia sebagai pengganti. Come on la. Tak de calon lain ke?
Secara summary nya, rakyat dah muak, jelak pada angkuh, bongkak, sombong, kroni, nepotism dan lain-lain perkara negatif yang berlaku di dalam negara.
Harapan rakyat kepada kerajaan baru di Penang, Kedah, dan Selangor (Perak belum lagi. Menda la asyik gaduh je. Aku campak korang masuk Laut China Selatan karang baru padan muka) :
1. Adillah pada semua golongan masyarakat.
2. Belalah nasib golongan yang memerlukan.
3. Implement la open tender untuk pembelian kerajaan.
4. Buang la orang-orang yang korup dari menjadi ketua agensi/jabatan kerajaan.
5. Jangan boros berbelanja. Tak yah la renovate ofis. Wat pe la nak renovate-renovate. Menda-menda yang sebelum nih pun boleh guna lagi. Jangan beli nombor plat yang mahal-mahal. Bayar yang murah-murah dah le. Apa salah nya guna EXA 4532 untuk kereta-kereta Exco negeri.
6. Cuba laksanakan sistem pengangkutan awam yang baik. Kalau dah baik, cari ler kelemahan dan perbaiki lagi.
7. Hindari diri dari rasuah.
Kepada semua yang menang, tahniah sekali lagi diucapkan. Sedarlah bahawa rakyat memilih anda.
No comments:
Post a Comment