Pemasangan VMware vSphere 6.5

Artikel ini akan menunjukkan cara pemasangan VMware vSphere 6.5

ISO bagi VMware vSphere 6.5 boleh dimuat turun dari laman web VMware.

1. Masukkan DVD/USB yang mengandungi ISO ke dalam server anda. Splash screen seperti gambarajah 1 akan dipaparkan.

Gambarajah 1 : Imej sedang dibaca oleh server

2. Selesai imej dibaca oleh server, skrin seperti gambarajah 2 akan dipaparkan. Untuk pengetahuan, VMware vSphere 6.5 masih tidak membenarkan penggunaan tetikus semasa pemasangan. Tekan Enter bagi meneruskan pemasangan.

Gambarajah 2 : Skrin selamat datang.


3. Kemudian skrin yang memaparkan "End User Licensing Agreement (EULA)" akan dipaparkan. Anda boleh membaca keseluruhan EULA dengan menggunakan kekunci panah ke bawah. Jika anda tidak setuju dengan EULA tekan kekunci Esc dan anda akan dibawa keluar dari skrin pemasangan. Jika anda ingin meneruskan pemasangan tekan F11.

Gambarajah 3 : Skrin EULA


4. Kemudian imej akan 'scan' cakera keras (hard disk) yang ada di dalam server anda. Apabila ianya selesai, skrin seperti gambarajah 4 akan dipaparkan. Jika anda ada membuat sambungan kepada NAS atau SAN, ianya akan turut dipaparkan di dalam skrin ini. Untuk artikel ini, saya membuat pemasangan di atas server maya bagi menyenangkan proses 'screen capture'. Disebabkan itu di skrin ini hanya ada satu saiz cakera keras sebanyak 100GiB yang dapat diperolehi oleh vSphere 6.5. Tekan Enter bagi meneruskan pemasangan.

Gambarajah 4 : Skrin yang memaparkan cakera keras yang boleh digunakan bagi pemasangan imej


5. Disebabkan vSphere 6.5 dibangunkan menggunakan sistem pengoperasian Linux, maka saiz yang diperlukan adalah rendah. 100GiB adalah tersangat besar bagi vSphere 6.5. Seterusnya anda akan dibawa ke skrin bagi memilih 'layout' papan kekunci. Ambil 'layout' yang dikenali oleh imej vSphere 6.5. Tekan Enter bagi meneruskan pemasangan.

Gambarajah 5 : 'Layout' papan kekunci

6. Skrin seterusnya adalah bagi memasukkan kata laluan (password) bagi pengguna root. root adalah satu-satunya kata nama yang anda boleh cipta buat masa ini. Kata nama lain anda hanya boleh cipta melalui vSphere Web Client nanti. Masukkan kata laluan bagi root dan tekan Enter untuk meneruskan pemasangan.

 Gambarajah 6 : Masukkan kata laluan bagi root

7. 'System scanning' akan dilakukan oleh vSphere 6.5. Ianya bagi mengetahui perkara berikut
  • Informasi tentang 'processor'
  • Informasi tentang perkakasan yang ada di dalam sistem
  • Informasi tentang rangkaian
  • Dan lain-lain
Gambarajah 7 : 'System scanning' sedang dijalankan

8. Kebiasaannya jika anda membuat pemasangan ESXi 6.5 di atas server maya, anda akan mendapat ralat seperti di dalam gambarajah 8. Abaikan ralat tersebut buat sementara, dan tekan Enter bagi meneruskan pemasangan. Ralat ini boleh diperbaiki sama ada di dalam BIOS (jika server anda merupakan server fizikal) atau di dalam 'settings' vSphere.

Gambarajah 8 : Ralat yang dipaparkan.

9. Skrin seperti gambarajah 9 akan dipaparkan sebelum pemasangan dilakukan. Ianya adalah 'safety features' di dalam vSphere 6.5 yang memerlukan anda memastikan bahawa anda akan membuat pemasangan di dalam cakera keras yang dinyatakan. Tekan F11 untuk memasang ESXi 6.5 ke dalam server anda.

Gambarajah 9 : 'Confirm install screen'

10. vSphere 6.5 akan memasang perisian ke dalam server anda seperti di dalam gambarajah 10. Seterusnya ianya akan meminta anda 'reboot' secara manual atau akan dilakukan secara automatik oleh imej.

Gambarajah 10 : Pemasangan ESXi 6.5

Mudah bukan pemasangan VMware vSphere 6.5?

No comments: