Snapshot adalah fungsi di dalam Hyper-V dan VMware yang membenarkan pentadbir mengambil keadaan semasa server maya yang ada di dalam infrastruktur Hyper-V atau VMware bagi melakukan perkara berikut :
- Ingin memasang kemaskini (update) terkini di dalam server maya tetapi tidak diketahui bagaimana atau apa yang akan berlaku jika kemaskini tersebut dipasang. Contoh kepada keadaan ini adalah kemaskini .NET Framework, kernel dan lain-lain seangkatan dengannya.
- Ingin membuat perubahan kepada kod di dalam sistem yang terdapat di dalam server maya tetapi memerlukan titiktanda (checkpoint) yang membolehkan sistem ini dikembalikan kepada asal (rollback) jika berlakunya masalah.
- Sebagai tanda untuk membuat backup di dalam perkomputeran maya. Perisian backup seperti Commvault, Veeam, Zerto, Acronis dan lain-lain akan membuat snapshot terlebih dahulu sebelum membuat backup kepada data-data yang ada di dalam server maya. Segala akses yang berlaku semasa server maya di backup adalah menggunakan snapshot yang sedia ada. Selesai backup, snapshot akan digabungkan dengan data yang sedia ada dan dibuangkan.
Di dalam artikel "Best Practices for using snapshot in vSphere environment", VMware ada menyenaraikan langkah-langkah terbaik dalam menggunakan snapshot. Berikut merupakan langkah tambahan daripada saya.
- Sentiasa menamakan snapshot anda. Sebagai contoh, "kemaskini windows 2012 untuk service pack 2". Hal ini kerana jika anda menggunakan nama yang diberikan sama ada oleh vCenter atau SCVMM, saya berani jamin, esok anda akan lupa.
- Apabila anda sudah selesai membuat pengujian dan didapati kemaskini yang dibuat tidak dapat digunakan atas sebab-sebab tertentu, gunakan fungsi "Revert snapshot" dan pilih snapshot yang dikehendaki.
- Apabila anda tidak pasti, gunakan fungsi "Consolidate Snapshot". Fungsi ini akan menggabungkan kesemua snapshot kembali ke dalam 1 virtual hard disk tanpa menjejaskan integriti data. Hal ini bermakna kesemua perubahan yang anda lakukan akan disimpan terus ke dalam server maya dan snapshot akan dibuangkan.
No comments:
Post a Comment