Selamat Menyambut Ramadan

Ramadan datang lagi dengan membawa seribu satu keberkatan kepada umat manusia. Segala perbuatan baik yang kita lakukan akan mendapat pahala yang lebih daripada bulan-bulan lain.

Kedatangan Ramadan telah lama dinantikan. Rindunya untuk kembali berpuasa di bulan Ramadan semakin menjadi-jadi seminggu dua sebelum kedatangan bulan yang berkat ini. Di bulan inilah selalunya aku mendapat ilham yang lebih dalam melaksanakan kerja-kerja yang diamanahkan.

Buat semua muslimin dan muslimat walau di mana sahaja dirimu berada, selamat menyambut Ramadan dari saya dan keluarga. Semoga kedatangan Ramadan kali ini akan membawa rahmat yang berkekalan sehingga akhir hayat kita semua.

No comments: