Bila ko blog?

Selalu orang tanya aku soalan nih bila aku buat entry baru. Usually kawan-kawan ofis (yang tak de blog) dan kawan-kawan lain (yang juga tak de blog). Bila ko blog? Sempat ko tulis untuk blog?

Sebenarnya ada rahsia. Kalau aku bosan + ada idea, aku tulis ler blog. Kalau ikut kan banyak lagi aku nak tulis. Tapi aku rasa semenjak dua menjak nih anger management aku makin elok kot. Kurang sangat aku maki orang waktu tengah drive. Ari nih ada lalat-lalat yang bawak keta tak reti bagi signal pun aku tak hon walhal aku nyaris nak terlanggar bontot keta dia. Ada ke dia brek mengejut dan terus ketepi tanpa bagi signal. Aku laju pun tak laju sangat ler. 30km/h je aku bawak time tuh.

Selalunya aku tulis blog time-time malam bila Danial & wife aku dah tido. Jarang la aku tulis blog kat ofis. Kadang-kadang tak sempat. Dan kadang-kadang kat ofis lagi banyak pikir menda lain dari pikir content blog.

Oh, sebenarnya aku ada beberapa berita gembira nak ditulis tapi tak tertulis lagi. Tunggu ler bila sampai masanya. Insya-Allah, kalau jadik, satu akhir bulan 4, satu berita akhir bulan 7 dan dua berita lagi tahun 2009. Tak ramai lagi yang tahu. Elok ler menjadi rahsia lagi. :)

3 comments:

hussein said...

Kalau bosan eh? Haha. Bagus la rahsia ko tu :p

cyberizman said...

hehehe

dilla said...

apa la bende rahsia2 nih2...