Bayar subsidi makanan?

Setujukah anda? Bagi aku setuju. Sebab at least orang-orang miskin yg tak pakai keta dapat manfaat.

Dipetik dari blog Hasbullah Pit a.k.a Sebol :

"Rakyat menuntut Subsidi Makanan Rakyat sebanyak RM 50 setiap orang bagi setiap bulan daripada penjimatan Subsidi minyak."

Link 1, Link 2

Dipetik dari MyGamis :

"Justifikasi, GAMIS dengan ini mencadangkan agar kerajaan dapat menyediakan subsidi makanan sebanyak RM 50 setiap bulan kepada golongan masyarakat dan mahasiswa yang dikategorikan dari golongan tidak berkemampuan. Segala penangguhan projek pembinaan yang memberikan keuntungan kepada segelintir masyarakat yang sememangnya tidak punya masalah kronik sebegini, mampu menampung subsidi ini."

Link

Bagi aku, kalau kerajaan dapat subsidi, at least :
1. Kurangnya student-student perempuan yang akan menjual diri semata-mata untuk menanggung kehidupan di universiti (yg jual diri sbb nak hidup mewah lain citer).
2. Akan dapat membantu meringankan beban ibu bapa yang tak mampu untuk beli susu formula kepada anak-anak kecil yang masih menyusu (susu tin mahal weh. Danial minum susu Enfagrow yang setin 1.6 kg harga RM 79++)
3. Akan dapat membantu pelajar untuk concentrate pada pelajaran.
4. Mengurangkan beban hutang pelajar selepas keluar dari universiti (mungkin boleh jimat lagi duit PTPTN).
5. Dapat membantu pasangan-pasangan yang akan berkahwin. 50 mungkin nampak tak banyak. Tapi kalau pandai jimat boleh tahan dekat seminggu. Kesian kat diaorg yang nak kawin. Pas petrol naik + harga2 barang naik, masing2 pening kepala cam ne nak kawin. Ada yang dah terpakai duit saving. Ada yang ikat perut tak makan semata-mata nak jimatkan duit belanja.

Memang la akan ada kata "mesti ada orang kaya yg akan amik". Memang. Tak dapat dinafikan. Cuma tak malu ke dia nanti bila tiap2 bulan orang tgk dia amik subsidi makanan?

No comments: