Blog..blog..blog

Tak de tajuk sebenarnya. Tapi tu ler. Nanti entry tanpa tajuk tak best lak. So letak ler.

Semalam dapat mms gambar anak sedara aku. Adik aku baru bersalin. Anak laki gak. Hehehe..Gembira ler abah aku dah dapat 3 cucu lelaki. Tahniah dik.

Danial dok batuk je. Siap muntah-muntah lagi. Aku suspect sbb dia tak reti nak kuarkan kahak. Bila batuk klu kahak tak kuar biasanya aku rasa nak termuntah. So, aku rasa-rasa menda yg sama inherit kat Danial gak. So, tak leh nak kuar kahak tu yg termuntah tuh. Semalam wife aku bagitau cam lega sket. Sian Danial.

Cam biasa hidup aku memalam membosankan. Semalam sbb aku dah bosan makan nasi goreng/mee goreng/megi goreng, aku pun pegi ke kedai Kelantan yang aku biasa pegi. Jalan kaki je. Dekat sangat. Tak sampai 5 minit berjalan dah sampai. Cuma tunggu lif lama. Aku order nasi putih (kes malas nak masak nasi), udang pedas dgn kailan. Hahaha..So, mknler aku sambil marathon tgk Macross Frontier. Isk..malas tul aku nak tulis review utk korg. Tengok ler nanti. Sebenarnya bukan mls mana pun. Cuma nak amik screenshot siri tuh yg malas. Hehehe..

Aku tulis nih cam ada je org datang melawat blog nih. Ahaks. Aku tau ada 3-4 orang selalu melawat tp kadang-kadang ada orang gak datang dari Search Engines. Aku pelik satu menda. Ada orang query nick aku tuh (rzmie). Of course ler klu search rzmie berlambak2 kuar. Kebanyakannya nick aku ler kuar. Setakat nih tak de lagi query-query sensasi masuk blog nih.

Uiks..dah panjang. Aku stop dulu la. Nak pegi ladang pelayan (server farm) lak. Nak setup server. Hehehe.. :)

2 comments:

aida said...

hu hu abg mie..saya bace blog abg mie..huhu..ur sons sebijik muke abg mie kan

- rzmie - said...

haaa..aida..long time no see..hehehe..