Olimpik & Emas

Emas yang diharapkan dari Lee Chong Wei tidak menjadi kenyataan. Namun jika dilihat dari persembahan Lin Dan dan sorakan padu (mungkin) dari penyokong tuan rumah, tidak mustahil Chong Wei rebah pada perlawanan akhir tersebut. Apa-apa pun syabas pada Chong Wei kerana berjaya menamatkan kemarau pingat Malaysia di Sukan Olimpik.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa beriya-iya sangat kita dengan pingat pada Sukan Olimpik? Kemenangan yang diperolehi oleh atlet-atlet kita di Sukan Olimpik dapat menaikkan semangat kita. Dapat meningkatkan kebanggaan kita pada negara kita. Bolehlah kita mendabik dada menyatakan kita hampir menyamai pencapaian negara-negara maju. Kebanggaan atau "Sense of Pride" pada prestasi atlet-atlet kita yang mampu menyatupadukan kita. Setiap kali setiap atlet negara kita menang di pertandingan pada peringkat antarabangsa kita takkan cakap "Atlet Cina nih menang pingat emas atau atlet memanah Melayu berjaya menumbangkan lawan di peringkat akhir". Tapi kita akan cakap "Atlet Malaysia menang emas atau atlet memanah Malaysia berjaya menumbangkan lawan di peringkat akhir".

Sukan merupakan salah satu cara untuk menyatupadukan rakyat negara ini yang telah berpecah belah disebabkan oleh ahli politik. Sebenarnya ahli politik la yang banyak menimbulkan permusuhan di antara kaum berbanding rakyat biasa. Selain sukan, pendidikan, khidmat masyarakat, gotong-royong, kenduri dan lain-lain mampu menyatukan rakyat kita yang terdiri dari pelbagai kaum, kepercayaan dan warna kulit.

Berbalik pada pingat emas. Adakah kita akan berjaya memenangi emas di Olimpik pada temasya kali ini? Mungkin tidak. Sandaran terbaik kita adalah pada badminton dan kemudiannya memanah. Kedua-dua telah berakhir. Dan sukan-sukan lain kita sekadar mahu memecahkan rekod kebangsaan semata-mata. Selagi ahli politik dan kerabat diraja masih memegang tampuk pemerintahan persatuan sukan kebangsaan selagi itulah atlet-atlet kita tidak akan mampu bersaing di persada antarabangsa. Percayalah.

Apa-apa pun, tahniah kepada atlet-atlet Malaysia terutama badminton, memanah dan lumba basikal kerana berjuang dengan sebaik mungkin untuk menaikkan nama negara.

No comments: