Terubat rindu

Jumaat petang, dengan mengambil half day aku bertolak pulang ke Sungai Buloh. Walaupun aku ada lagi keja bertimbun nak dibuat namun sukar untuk aku habiskan disebabkan kerinduan pada anak-anak dan isteri semakin membuak-buak. Dengan berbekalkan nasihat dari seorang senior "Kerja-kerja juga, tapi keluarga pun perlu diutamakan juga", aku pun bertolak pulang. Dalam 3 jam setengah aku sampai di Sungai Buloh. Terubatnya la rindu apabila aku melihat Danial yang sedang merangkak-rangkak di keliling rumah.

Ku peluk ku cium anak sulung ku itu. Walaupun penat tapi gembiranya hati dapat bersua muka selepas 2 minggu tidak berjumpa. Hujung minggu memang dihabiskan dengan memanjakan Danial dan berborak-borak dengan isteri tercinta.

Ahad petang lebih kurang pukul 3 aku pulang ke Penang. Tiba dalam pukul 8.30 malam setelah menghabiskan beberapa jam di hentian Tanjung Malim (membaiki power window yang 'rosak'), di hentian Tapah (makan-makan dan merenggangkan otot-otot dan mengisi minyak).

Walaupun baru sehari tak berjumpa namun terasa rindu lagi sekarang ini. Hendak tunggu lagi 2 minggu seolah-olah jauh lagi hari tersebut akan tiba. Namun aku akan menyibukkan diri dengan menyiapkan segala kerja-kerja yang masih tertangguh. Dan syukur kerana aku mempunyai 4 hari kursus pada minggu ini dan minggu hadapan. Cepat sikit masa akan berlalu.

No comments: