Macam-macam

Macam-macam aku nak tulis. Tapi bila dah online dah login rasa cam malas je nak tulis. Nak tulis pasal tanah runtuh kat Bukit Antarabangsa. Terfikir, kalau Bukit Antarabangsa tuh tempat tinggal orang-orang miskin, bantuan akan dapat sampai cam tu ke? Siap tentera buat jambatan Bailey lagi. Siap government nak sponsor dok kat hotel lagi. Manyak cantik? Ingat kaya leh layan cam raja ke? Pirraahh..kalau rasa bantuan tak ok, dan sendiri manyak duit, guna duit sendiri la.

Ada satu cerita, di sebuah opis yang nampak cam aman damai. Adalah seorang yang amatlah manis mulut di depan kita. Bila di belakang kita, abih dikutuk dan dilabelnya setiap orang. Ada dapat gelaran beruk, ada dapat gelaran programmer hampeh, ada dapat gelaran kerap cuti, ada dapat gelaran degil dan lain-lain. Apa lah nak jadik. Sampai ramai dah tak de mood nak wat keja sebab rasa keja cam tak dihargai. Sib baik tiap-tiap hujung bulan dapat gaji. Tul tak man?

Danial dgn adik cam dah lega dari sakit. Tapi entah la. Cuaca tak menentu sekarang nih susah sket nak cerita.

Dekat dah nak ujung tahun. Cam biasa tahun nih pun aku akan bercuti start 25 sampai new year. Perabih cuti la katakan. Tapi jgn risau. Kalau server-server aku down, contact je guna sms. I will be there. Lagipun bukannya wat pe pun dok kat umah. Melepak, baca buku, surf internet. Menda2 rutin gak. Cuma tak pressure dok kat opis je.

Umah ku pun dah sampai 40% kena bayar dah. Dah siap ada dinding dah. Rasa-rasanya tak lama lagi akan siap ler umah tuh. Bila la aku nak start ada duit nak wat renovation nih? hehehe...

Aku sekarang dok test Windows 2008 dgn Centos latest version. Windows 2008 nmpk cam makin mantap. Tapi cam biasa setiap produk baru mesti ada learning curve yg tersendiri. Aku belajar cara nak guna Windows 2008 tak sampai sehari. Berpeluh ketiak.

New servers will be arrived this Thursday. All 32 of them. Pak cik kayo server. Muahahaha...Awal tahun depan kalau tak de aral, server virtualization akan memunculkan diri. Among the best, and largest server at my workplace.

I've been dreaming about my ITAC friends for many nights now. Miss them.

Kan aku dah cakap entry aku nih macam-macam. :)

1 comment:

cyberizman said...

Arr.. betul... nasib baik setiap 25hb (atau awal) dapat gaji.